Until Jannah

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 20 October 2014

7 Tips shopping di Baby Expo

Hello..last weekend baru sahaja diadakan Mom & Baby Expo di Midvalley. Ni dah kali ketiga Nisa pergi . First time dulu shopping masa pregnant lagi, kandungan 5 bulan. 2nd time it was on June this year. Sebab dah banyak kali pergi and banyak kaedah yang Nisa guna pakai untuk shopping kat baby Expo . So i want to share Tips shopping di Baby Expo. Semoga bermanfaat

#1 : Buat survey harga barangan di Online, Kedai Baby dan sebagainya sebelum pergi. Sebab ada juga barangan yang dijual semasa Baby expo tu sama je dengan hari biasa, malahan mahal dari biasa pon ada. Sebagai pengguna bijak , buatlah penilaian yang baik. 
Kebiasaannya baju bayi (baju tido), topi,sabun basuh baju and sabun mandi dijual murah. 

Contoh kalau beli baju di Baby Shop sepasang baju tido RM25 (baju & seluar) , tapi kat baby Expo RM10 sepasang, dah jimat jugak RM10 kat situ..Topi baby pon cuma RM2 je (brand Fiffy)

#2 : Senaraikan & Kenal pasti barangan yang anda mahu beli. For first time mother, this would be tricky sebab semua benda nampak macam penting kan? Nisa pon mengalami masalah yang sama, you will have arguement with your spouse about what to buy and what not to buy (i've seen a lot of these during baby expo, and i am one of them too :).Lelaki berfikiran logik and kadang2 nasihat diorang betul juga. Jadi, selidik betul-betul barangan yang penting untuk korang beli yang rasanya kalau tak beli kat baby ekspo ni mahal la kalau nak beli kat luar.



                                                                      Source : Fiffy

Cth : Kelambu baby kalau beli kat kedai biasa RM25, beli kat baby ekspo RM10 je..this is one of thing that i missed to buy sebab argue dengan hubs and mengalah ikut cakap hubs.

#3 : Bawa troli / beg sandang belakang (bag pack) sekiranya anda mahu membeli dalam jumlah yang banyak. Last week i siap bawak troli pergi pasar. Siap berlaga dengan stroller. Lantak le.. i beli stok untuk setahun terus..If you bring stroller pon ok. Tapi stroller mcm besar sangat, susah juga berjalan dengan stroller, i yang bawak troli kecik pon rasa seksa. So for alternatives bawa la bag pack. Kalau suami ikut sekali biarlah dia yang bawak bag pack (bag mcm org pergi berkhemah)

This is my troli and things that i buy last week
#4 : Tengok Map, dan kenal pasti Kedai yang ingin dituju.Map biasa penganjur letak kat main entrance Untuk yang pertama kali datang mesti korang nak pergi semua kedai, boleh je, Nisa pon buat mcm tu first time tapi bila dah pergi banyak kali terus je pergi kedai yang dituju. 

Cth : Pureen, Fab Mom , Autumz

#5 : If you bring your baby along, it is advisable untuk kendong baby, You can babywear, and jangan lupa bwk kipas kecik tu sebab dah ramai2 confirm panas. Mostly baby menjerit-jerit dalam stroller during the baby ekspo. I pulak kesian. Tapi i paham parents want the best for their childeren kan. Takde babywear takpe, you still can bring stroller, tapi bertabahla nak berlanggar dengan stroller yang lain.

#6 : If you come alone@ without baby, come VERY early. Sebab nak parking kan.. Kalau ekspo start pkul 10, at least pkul 8 tu korang dah kena parking. Pernah sekali Nisa cuti sebab nak pergi baby ekspo , ingatkan tak ramai orang, datang pkul 9.30 parking dah FULL. Diorang semua ni datang pukul berapa?So datang SANGAT AWAL

#7 : Take public transport .(Bas/LRT if any) Ada sekali tu Nisa pergi on weekday, sebab dah fed up dengan parking, suruh suami drop je kat Baby Ekspo and masa balik, nisa amik bas pergi ofis suami..dengan barang yang banyak tu..

That's all. Happy Shopping and spend wisely !

Note : If you want to save time, tak payah beratur kat registration counter tu, X wajib pun, but if you want to try boleh je. Korang akan dapat satu mug percuma, and a few samples from vendor (cth : susu) ans buku panduan & Iklan.

2 comments:

  1. Setuju..cik mah pun siap survey dulu bila nk g..snng...xla ada pembaziran n asalah serba sedikit penjimatan..tip yg berguna..

    ReplyDelete
  2. betul tu..dah ada anak , kena berjimat cermat untuk masa depan

    ReplyDelete