Sekembalinya saya dari Segamat dengan memandu pulang MYVI kesayangan (wah!dah boleh manja gitu).Otak ligat berfikir mencari solusi dalam menggunakan kaedah car pooling.Car pooling merupakan suatu kaedah dimana kaedah berkongsi menaiki kenderaan ke tujuan dan destinasi yang sama.Pada mulanya saya mengenakan RM 1 untuk sekali perjalanan.Tetapi apabila dicongak balik,rancangan itu kelihatan seperti tidak menjimatkan.Dengan itu, atas cadangan rakan-rakan, saya hanya mengutip RM 10 setiap seorang bagi permulaan.Kemudian, saya akan melihat sejauh mana dan seberapa minyak yang kami isi itu bertahan.Berikut merupakan anggaran perbezaan perbelanjaan antara menaiki bas dan memandu ke kuliah.
1.Anggaran Perbelanjaan bagi
Menaiki Bas (1 Bulan)Pulang dari kuliah menaiki bas kuning(Isnin,Selasa & Jumaat).......RM 2 x 3hari x 4 minggu=RM 24
2. Anggaran Perbelanjaan memandu kenderaan ke Kuliah(Setiap hari..5 kali seminggu)Setiap 2 minggu RM 10...jadi 4 minggu dalam sebulan..RM 20
Ini masih dalam anggaran.Hanya perangkaan.Bagi yang menumpang sekali sekala kadang kala ada yang membayar.Murah hati..ada yang setakat sekali dua tumpang tak bayar tapi kalau dah banyak kali tumpang tapi tak menghulur...bak kata Nabil...LU PIKIR LA SENDIRI!!!
No comments:
Post a Comment