Apa yang istimewa pada pertama kali kita melakukan sesuatu?
Pertama kali menulis, melukis, berjalan , memandu dan sebagainya.Apabila sesuatu itu dilakukan pertama kali, kita lakukannya dengan penuh berhati-hati kerana kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka setiap langkah itu dilakukan dengan penuh teliti supaya tiada cacat celanya.Namun kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH jua yang menentukan.Tatkala kita melakukan dengan penuh cermat,pasti ada sesuatu yang menduga atau menongkah arus perjalanan kita dan pada waktu itu kesabaran dan ketabahan kita diuji.Sejauh mana kita ingin meneruskan langkah itu dan setakat mana langkah kita terhenti.
Masih ingat pertama kali saya memulakan bisnes ketika zaman persekolahan rendah.Mula berjinak-jinak menjual kad nama, mengambil tempahan dan ayah yang membantu menghasilkan kad nama tersebut. Kemudian beralih kepada menjual sticker bermacam-macam bentuk.Sticker teletubbies,power rangers dan lain-lain.Sticker itu saya beli selepas sahaja selesai sessi petang sekolah agama.Dengan kayuhan basikal chopper,saya meredah kesibukan Taman Johor Jaya.Lalu saya masuk ke pasar raya dan memilih sticker yang menarik.Lalu sticker itu saya potong dan potongan sticker itu saya jual antara 20 sen 30 sen.Namun begitu, bisnes saya hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja.Ibu dan ayah telah mendesak supaya saya hentikan perniagaan.Lalu minat saya dalam perniagaan terkubur di situ.Apabila meningkat remaja, saya bertanya kepada ayah "Kenapa ayah tak bagi Kak Long berniaga dulu?".Jawab ayah.."Kak Long berniaga tak nampak untung pun.Asyik keluar duit saja,untungnya tak ada.".Mungkin benar, disebabkan saya ini terlalu bermurah hati,kekadang harga yang ditawarkan sanagat murah.Promosi yang tidak dirancang menyebabkan bisnes tidak menghasilkan keuntungan walaupun barang yang diniagakan habis dijual.
Pertama kali juga menjejakkan kaki ke sekolah yang kesemua pelajarnya adalah perempuan.Seronok kerana kami bebas melakukan aktiviti dan pergerakan tanpa diawasi oleh pelajar lelaki.Tidak perlu bersusah payah berkecil hati tidak mempunyai teman lelaki ketika itu kerana semuanya berseronok berkawan dengan perempuan sahaja.Semua pekerjaan ringan dan berat kami lakukan.Dari menyapu sampah sehingga mengangkat kerusi meja,semua kami lakukan.berbeza dengan sekolah biasa yang mana kerja berat akan dikhususkan untuk lelaki.Tetapi tidak bagi sekolah ini, tiada perbezaan.jadi di sini kami membina kuasa wanita.Mungkin disebabkan didikan di sekolah ini, menyebabkan sesetengah daripada kami agak kebal dan tidak berkira dalam melakukan apa jua pekerjaan sekalipun.
Pertama kali berada di menara gading.Semua berbeza.Masuk budaya campur yang menyebabkan saya agak kekok.Di sini jua saya belajar segalanya.Pertama kali meminati seseorang itu sungguh-sungguh.Keterujaan meminati seseorang itu telah membawa saya ke suatu tahap yang saya tidak duga untuk mencapainya.Kerana dia saya melangkaui sesuatu yang saya tidak fikirkan.Walaupun akhirnya, orang yang saya minati itu bukanlah seperti yang saya sangka.Namun begitu, mungkin saya boleh berterima kasih padanya kerana kata-kata semangat pertamanya telah membawa saya ke satu tahap yang tinggi."Be the best among the best!".
Jatuh cinta kali pertama.Indah rasanya.Dia yang terbaik kerana dia yang mengajar kita erti cinta.Kita terlalu sayang padanya.Biar apa orang kata,dia tetap bertakhta di hati.Biar apa yang dia lakukan pada kita,kita pasrah kerana kita percaya dia yang terbaik.Kita tak mampu nak lepaskannya kerana kita takut tiada yang sebaiknya.Biar kekadang sikapnya menguji kesabaran kita, tetapi kita tetap bertahan dengannya.Kerana apa? kerana dia yang pertama, dia yang terlalu istimewa dan kita tidak mahu kehilangan sesuatu yang memberi makna dalam hidup kita...Kerana dia yang pertama kali..
No comments:
Post a Comment