Sunday 5 April 2009

Duit oh duit..ke mana kau duit


Hujung semester.Tiada banyak perbelanjaan yang diperlukan.Duit kebanyakannya diguna pakai paling banyak pada awal sem.Beli buku, bayar yuran,buku manual,fotostat dan lain-lain lagi.Tambah plak bila dah disponsor oleh TM, belanja memang tak ingat dunia.Kalau mula-mula dulu siap ada buku catatan keluar masuk perbelanjaan.Tapi tabiat mencatat perbelanjaan itu cuma tahan sebulan je kot.(penat je TM bayar penceramah nak ajar budget biasiswa.huhuhu.)Hanisah dan buku catatan perbelanjaan?Tak berjaya nampaknya.

Selepas tabiat mencatat perbelanjaan berhenti, maka bermulalah tabiat perbelanjaan yang sangat boros.Duit ditekan-tekan dari bank tanpa mengira frekuensi kekerapan.Dan setelah direnung kembali, antara barang yang dibeli sepanjang sem ini yang hampir me'muflis'kan diri ini (boleh pakai ke ayat ni). tapi takde la beberapa muflis ialah:
1. Kamera digital Samsung


2. Beg (RM 35)


3. Dinner Alumni MPP (RM 110)


4.Deposit kereta (RM ...nilai tidak dapat disiarkan.heheh)


5. Printer (RM 110)


6. Kipas angin untuk laptop (RM 20)


7. Pendrive-hadiah untuk ngah yang berdedikasi (RM 20)


8.Bayar hutang dengan ayah (RM 200 -untuk yuran sem 3)-ingatkan dah anak ayah tak yah bayar...


Satu lagi tabiat yang saya ikut dari ayah.Suka sangat belanja orang.Duit takdela banyak sangat tapi suka berkongsi rezeki dengan orang.Tengok betapa excitednye bile dengar "Ok,aku belanja hari ini!!!".Bila rezeki ini dikongsi-kongsi bukannya makin sikit pun.Tapi ALLAH bagi pulangan yang lebih banyak kemudiannya.Dalam pelbagai bentuk yang kita tak sangka.Kekadang pulangan awal kekadang lama.Tapi cepat atau lambat,setiap kejadian ada hikmahnya.Susunan begitu cantik sekali.Dah anak ayah, mestila kadang2 ikut perangai ayah.Sem ini sahaja double saya belanja orang.First, belanja housemate (sorry pada housemate yang tak ikut serta dalam pesta belanja ni.huhuhu).then belanja family.Kedua-duanya dibelanja PIZZA HUT.besh!!!

Tapi ada juga ketepikan duit buat simpanan.Emm..banyak sangat belanja sampai tak ingat mula-mula TM bagi berapa.Jadi kesimpulan disini,sebanyak mana biasiswa yang diberi, kalau tak pandai uruskan,akhirnya habis juga.Pada pandangan sesetengah pihak,kami penerima biasiswa ini tidak patut mengeluarkan perkataan 'tak cukup duit ah'...'takde duit dah'.Kami manusia juga.Cuma bernasib baik kerana masih ada pihak yang prihatin mahu membantu menghulur dana supaya kami tidak terkandas dalam pelajaran hanya kerana masalah kewangan.(kenapa dah jadi macam ayat BERSAMAMU?).Walauapapun, kita perlu bersyukur dengan rezeki kita.Tak boleh dengki dengan rezeki orang lain.Hari ini hari kita,esok lusa belum tahu lagi

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai tanggapan kami penerima biasiswa ini mewah berbelanja dan memang patut ada duit sentiasa..tolonglah ubah tanggapan dan perspektif anda.Jikalau rezeki anda...laptop dibeli @ orang bagi, kereta disponsor, makan pakai ada orang belanja, nak beli barang mahal orang belanja tapi bila anda nak beli..beli murah aje...memang patut duit anda sentiasa ada.Tapi kami atau dengan khususnya..SAYA bayar semua perbelanjaan guna duit biasiswa, walaupun laptop nampak macam dihadiahkan kepada saya tetapi kena bayar separuh juga..(itu dah habis RM 1500).Jadi fikir-fikirkan..jangan dengki dengan rezeki orang dan tolong jangan persoalkan ke mana saya belanjakan duit itu.(pernah nampak ke pergi tempat tak senonoh?).












No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...