Friday, 3 July 2009

Kalau saya seperti itu...

Pernah suatu ketika terdetik dalam hati kita.."kalaulah aku macam ini..kalaulah aku macam itu" atau kekadang kita memang berharap dapat memutar kembali waktu supaya dapat memperbetul keadaan.Emmm...

1.Kalaulah..... kereta wira ibu tidak dicuri depan rumah, tentu sekarang saya boleh memandu kereta itu ke universiti.

Tetapi apa yang berlaku..

Selepas kecurian itu,ayah dapat membeli kereta idamannya..5 tahun kemudian,ibu membeli MyVI baru dan menambahkan bilangan kereta menjadi 3 buah..dan saya tetap dapat menggunakan MYVi itu ke universiti.

2.Kalaulah...saya bertekad memilih aliran sastera ketika tingkatan 4 dahulu,tentu saya akan memperoleh keputusan yang cemerlang seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sebaliknya saya berdegil dan tidak menurut kata hati lalu keputusan peperiksaan paling buruk dalam hidup saya tercatat.

Tetapi apa yang berlaku...

Selepas SPM,saya melanjutkan pengajian dalam aliran sastera..(Pengurusan Bank).Di akhir pengajian, sesuatu yang saya tidak sangka berlaku.Impian saya sejak kecil lagi tercapai.Perasaan paling gembira tika dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kursus dan Pelajar Terbaik Kolej dan sesuatu yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya selamanya.

3.Kalaulah..hati ini bisa menahan perasaan menyukai seseorang,sudah tentu saya tidak akan menanam minat untuk menyukai orang itu.Namun begitu, sukanya saya pada lelaki itu terlalu ekstrem.Akhirnya saya kalah dengan mainan perasaan.Dikecewakan lelaki itu bukanlah balasan yang saya pinta.Akibat kekecewaan itu,hati ini terluka dan lara

Tetapi apa yang berlaku..

Selepas kekecewaan itu,saya fokus pada perkara yang lebih penting.Masa berlalu dan pertemuan dengan jejaka yang bermula sebagai kenalan biasa tidak disangka akan membawa kepada hubungan serius.Akhirnya cinta ditemui pada insan yang sudi.Kekecewaan lampau dibiarkan berlalu walau kekadang terus menghantui diri.Namun hidup perlu diteruskan.Semalam adalah sejarah..hari ani adalah anugerah.

4.Kalaulah...saya tidak menerima tawaran untuk bertanding merebut jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar,sudah tentu hidup saya lebih terurus dan tenang.Setiap petang pasti saya akan bersama teman-teman dan mempunyai masa lapang untuk mengulangkaji.

Tetapi apa yang berlaku

Sebaik saja menyandang jawatan sebagai MPP di universiti,kehidupan berubah sepenuhnya.Jadual semakin padat,masa bersama teman semakin singkat dan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan seperjuangan MPP.Pahit getir serta suka duka yang dilalui hanya teman rapat saja yang tahu.Berbaldi air mata tumpah tapi keperitan itu berbaloi di hari mendatang.Dari ruang kerja MPP,saya mengumpul pengalaman menjadi Pengarah Projek,setiausaha dan ajk biasa.Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum menjadi MPP..dan dari situ juga bertambah teman rapat yang sangat saya sayang.

Sesuatu yang kita harapkan akan jadi terbaik buat kita tidak semestinya terbaik untuk kita.Tetapi apa yang berlaku kemudiannya membentuk siapa kita pada hari ini.

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...