Kalau tak boleh berdiri ketika solat,kita masih boleh bersolat tapi dalam keadaan duduk.Kalau tak bisa duduk,berbaring pun masih boleh mengerjakan solat.Itu merupakan rukhsah atau kemudahan yang Allah berikan supaya kita masih boleh mengingatNya.Solat dalam keadaan duduk di kerusi pernah saya lihat.Ketika arwah Tok Ayah terlantar sakit dulu,dia menunaikan solat dalam keadaan duduk.
Situasi solat duduk di kerusi saya lihat lagi semasa saya menunaikan umrah bulan Mei lalu.Saya amat kagum dengan jemaah yang bertekad dan bersungguh menunaikan solat walaupun dalam keadaan kurang upaya.Di Masjidil haram , ada juga kerusi yang diwakafkan untuk kegunaan para jemaah yang uzur dan kurang upaya menunaikan solat.Begitu juga di Madinah.Walaupun pada awalnya timbul kepelikan di hati saya mengenai kerusi yang mereka gunakan,saya tetap kagum dengan kesungguhan mereka.
Berbeza dengan di Malaysia,jarang saya lihat di kalangan jemaah yang uzur duduk di kerusi untuk bersolat.Namun begitu,semasa terawih malam pertama di masjid KG Jawa,Segamat saya dapat lihat 2, 3 orang mak cik yang duduk di kerusi di celah barisan jemaah.tapi kerusinya tidaklah sama seperti di Mekah atau Madinah.Di Mekah,telah ada satu kerusi kecil yang khusus untuk jemaah gunakan.Di Malaysia masih belum ada kerusi seperti itu,tetapi mungkin boleh diperkenalkan suatu hari nanti.
Diharap,mak cik ini dapat meneruskan ibadah mereka walaupun dalam keadaan duduk.Kerusi...satu barang yang signifikan dalam ibadah.Moga ia membantu meningkatkan ketaatan hambaNYA.
No comments:
Post a Comment