Detik pertama bergelar student praktikal.Memang skema sangat la masa masuk office.Dah la tak tau pintu masuk office kat mana.Sampai paling awal sekali.Memang blur betul.Rupa-rupanya masa masuk bukan ikut main entrance.Lalu pintu kecil.Malu oden.
Perkara pertama masuk office ,mesti kena punch card.Bangga juga bila nampak nama Cik Nisa terpampang kat whiteboard office tu.Tertulis di situ-Industrial Trainee 'SITI HANISAH ZAINI'.Maknanya hanya aku seorang sahaja pelajar praktikal di amanah raya cawangan itu.Ada lagi seorang yang menjalani latihan,tapi dia menjalani latihan industri di bawah seliaan Khazanah Nasional.Kalau prestasi dia baik barulah Amanah Raya serap masuk .
Tepat pukul 8:30 pagi aku di bawa ke bilik Pengurus cawangan .Pengurus Cawangan ,Pn Suhaini baik orangnya.Bab Wasiat ini seingat aku,aku tak cover sangat masa time exam hari tu.Tapi bila masuk kerja,semua pasal operasi wasiat.Tapi aku rasa lega sebab Pn Su banyak bagi tunjuk ajar dan tak lokek ilmu.So,rasa tak kekok.Mula-mula dia suruh baca fail operasi arahan syarikat kemudian aku pula akan ditugaskan ke bahagian kewangan setelah sistem dinaiktaraf esok.
Bila baca fail-fail,banyak terma aku tak paham.Banyak guna singkatan,jadi kena banyak refer balik pada semua fail di situ.Tapi rasa lebih paham bila Pn Su bagi tugasan dan kemudian dia suruh baca serentak dengan Arahan Syarikat.Masa tu baru lah berbaloi sikit apa yang aku baca.Relevan la.Ada 30 fail yang aku perlu uruskan.semua berkaitan wasiat.Nama unik-unik aku rekodkan.Tapi kerja tak dapat siapkan hari ini.Ada lagi 3 fail aku kena siapkan esok..kira ok la..So,i hope for better tomorrow!
No comments:
Post a Comment