Wednesday, 2 December 2009

Pengemaskinian

Hari ini sambung lagi kerja semalam.Tapi awal pagi aku kena belajar selok belok di kaunter perkhidmatan pelanggan.Daripada operasi Amanah Raya sehingga ke pengisian borang-borang berkaitan Wasiat,Pentadbiran Pusaka dan Amanah.Eh..gaya aku tulis ni macam nak buat laporan buku log pula.Banyak benda aku belajar daripada bahagian perkhidmatan pelanggan ini.Kena banyak bertanya dan kena buat muka tembok.Sudah la chapter wasiat yang aku tak cover masa exam hari itu.Sekali dia terangkan pasal seksyen seksyen aku dah mula confuse.Tapi cuma ada 3 sekyen.Kena ingat syarat-syarat setiap seksyen jadi tak ada masalah.
Tengahari pula Bahagian IT dari HQ datang buat pengemaskinian sistem.Siap bagi penerangan.Bila tengok manual sistem baru , aku lagi nervous.Silap tekan keyword atau button memang ganggu sistem. Sistem kali ini lebih ketat. Jadi kena lebih berhati-hati.
Kesimpulan pada hari ini sangat baik.Aku macam dah jadi rapat dengan kak liza dan kak yus.Tengahari tadi aku tolong urutkan kaki kak Liza,tapak kaki saja.Guna teknik urutan refleksologi saja.Dia mengadu sakit dada,jadi aku cuba la urut titik yang berkaitan dada dan jantung.Bukan bodek ok.Ini memang nak kurangkan kesakitan.Alhamdulillah kurang sikit sakitnya.Lepas ni boleh urut kaki boss pula.Maybe?

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...