Selesai makan tengahari , kaki terus meluru ke PWTC.Hampir tersesat untuk ke tempat yang dituju.Tidak diduga karnival kerjaya diadakan di bangunan PWTC di seberang sungai.Akhirnya sampai jua walaupun kepenatan.Hakikatnya,saya sudah sangat tergoda untuk memasuki Ekspo Pelancongan di bangunan pertama.Sudah beberapa langkah kaki dijejakkan.Namun memikirkan keutamaan haruslah diberikan kepada kerjaya terlebih dahulu dalam pada waktu singkat ini.Dengan berlalunya satu pengalaman di karnival kerjaya tersebut,beberapa panduan ingin digariskan kepada penganggur (mengingatkan diri sendiri) dan sesiapa juga yang berkaitan
Tips-tips Karnival Kerjaya
1.Sediakan resume sebanyak mungkin.Pastikan resume kemas serta lekatkan gambar ukuran pasport berwarna yang terbaru.
2.Buat pra-pendaftaran di laman web penganjur bagi memudahkan proses temuduga sekiranya ada.Sekiranya tidak berkesempatan untuk mendaftar,jangan risau.Pihak penganjur telah menyediakan kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebagai pemohon pekerjaan.
3.Sekiranya terpilih menjalani temuduga,pakai pakaian formal untuk menghadiri temuduga.Berkemeja lengan panjang,bertali leher bagi lelaki manakala berbaju kurung bagi wanita.
4.Sampai sahaja di tapak karnival,dapatkan peta lokasi.Kenal pasti kedudukan syarikat yang ingin dituju.Bagi temuduga,kebiasaannya diadakan di dewan berlainan.Pastikan kedudukan destinasi yang penting.
5.Perhatikan jawatan yang ditawarkan serta kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi kekosongan di sesebuah syarikat.Jangan drop in resume sesuka hati tanpa usul periksa (besar kemungkinan,resume akan dibuang sahaja ke tong sampah sekiranya tidak memenuhi kriteria.Bukankah itu satu pembaziran?)
6.Ukurlah baju di badan sendiri.Kenal pasti kelebihan dan kelemahan anda.(Sekiranya fobia dengan kapal terbang,mengapa perlu sibuk-sibuk di booth Air Asia.Sah-sah la memang tak layak nak jadi pramugari.)
7.Sekiranya datang sebagai pelawat sahaja,kumpullah sebanyak maklumat di booth-booth berkaitan.Kumpulkan brochure dan gift-gift percuma.Ini memang macam melawat tapak kawasan saja.
7.Sekiranya datang sebagai pelawat sahaja,kumpullah sebanyak maklumat di booth-booth berkaitan.Kumpulkan brochure dan gift-gift percuma.Ini memang macam melawat tapak kawasan saja.
8.Sediakan dokumen dan sijil-sijil berkaitan sekiranya terpilih menghadiri temuduga.Bawa salinan asal serta salinan yang disahkan.Susun dengan kemas.
9.Bawa resume dalam bentuk soft and hard copy
10.Bawa gambar berukuran pasport .Ada syarikat yang menyediakan borang permohonan kerja yang memerlukan pemohon menghantar gambar pasport.
Terlepas peluang mengunjungi Karnival Kerjaya kali ini..tidak mengapa, karnival ini akan diadakan sekali lagi pada 8-10 Oktober 2010.Nantikan kemunculannya dan lebih bersedia kali ini.Boleh juga layari laman web jobstreet.com untuk maklumat lanjut.Selamat berjaya!
No comments:
Post a Comment