Dulu masa duduk di KL, tak peduli sangat nak pergi KLCC.Alahai,setakat KLCC tu hanya langkah keluar ke balkoni pun dah boleh nampak.Bukan setakat KLCC,malahan KL Tower,Eye on Malaysia,Perpustakaan Negara dan seluruh kotaraya Kuala Lumpur itu boleh dilihat hanya dengan berdiri di luar balkoni.Cakap saja mahu ke KLCC atau Ampang Park,dengan pakaian tidur pun boleh diredah ke tempat itu hanya dengan menaiki LRT.Sekelip mata orang kata.
Namun keadaan berubah sejak duduk di Seremban.Sampai mengidam-mengidam nak makan Laksa Shack ..teringin juga nak rasakan kelembutan pretzel Auntie's Anne.Mana nak dapat semua benda tu di Seremban.Maka dengan tekad dan berbekalkan duit tuntutan claim yang diterima 2 hari sudah (tunggu sebulan baru dapat),dengan keazaman tinggi memasuki gerabak komuter menempuh perjalan 1 jam 30 minit yang melenakan.
Usai sahaja selesai urusan penghantaran resume dan borang lapor diri tamat belajar di Menara TM, terus aku jemput ayah ikut serta makan tengahari.Mendengar saja anaknya ini yang akan belanja,tanpa berlengah terus menuju ke KLCC tanpa ragu.
Aduh,boleh tahan selera..anak yang belanja,memang tinggi taste
No comments:
Post a Comment