Wednesday 30 June 2010

Memburu kerja

'Hunting jobs'-satu perjalanan dan proses yang memerlukan kudrat dan mood di tahap yang sangat baik.Kalau takde mood,memang tak bergeraklah tangan ini untuk mencantikkan resume serta menghasilkan ayat-ayat yang yang 'vogue da vast' yang memuji diri sendiri tinggi melambung untuk menarik perhatian panel.

Sejujurnya,saya hanya mula menghantar resume pada minggu ketiga MEI.Agak lewat rasanya dibandingkan dengan rakan lain.Sebenarnya rasa kalut bila kawan-kawan lain mula mendapat panggilan untuk temuduga kerja walhal saya masih bergoyang kaki di rumah kerana telah ada rancangan sepanjang bulan Mei dan Jun.Maka JOBSTREET menjadi pilihan untuk memudahkannya.Di sini ingin saya kongsikan bersama rencah dan ragam beberapa interview yang sempat saya pergi.

Temuduga 1
Jawatan : Customer Service Executive
Panel : Akar Insan (One on one interview)
Syarikat : Maybank Berhad

Stage 1
English Test-Menilai kemampuan calon untuk berbahasa inggeris.

Topik yang saya dapat-Eyelashes: sangatlah confius sebab tiba-tiba blur dan tak tau eyelashes tu apa benda.tersilap fikir yang eyelashes tu adalah eyeshadow,padahal ia adalah bulu mata ok.Tak nampak sangat lah.Memang goreng garing ayat english.Alhamdulillah lepas stage 1 dan boleh ke stage ke 2

Stage 2
Seorang panel bertanyakan beberapa soalan latar belakang.

Panel : Tell me about your education background (sambil membelek sijil-sijil yang saya bawa)

Saya: I graduated from..bla..bla..bla

Panel : Where's your SPM result?How we should know your SPM?

Saya : I forgot to bring it.But i can tell my SPM result was....XXX

Panel : What is your career planning for another 5 years.

Saya : My future planning is to become diversified and not only focus to one job only...bla..bla..bla

Panel: IF we want to send you away from seremban,would you accept it?

Saya : Of course, Do i get this job?

Panel : I'm just asking,but if you do ,you will be working at Bukit Jelutong with RmXXXX salary and transportation will be provided from a point.

Saya : Ok.Good.When can i know reply from you?

Panel : We'll inform you next week and if you get through this you have to undergo another interview with Maybank.

Saya.Ok.Thank you.I'm looking forward to hear it from you.

Keputusan temuduga : Saya berjaya dan dipanggil untuk temuduga bersama Maybank.Sayang sekali saya terpaksa menolaknya dan telah memaklumkan kepada pihak Akar Insan bahawa saya telah menerima tawaran kerja lain.
-----------------------------------------------------------------------------

Temuduga 2

Jawatan : Admin Assistant
Syarikat : Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)
Tempat : Seremban 2
(5 orang panel menemuduga seorang calon)

Panel : (sambil meneliti borang permohonan kerja).Kami nak panggil awak apa yea?

Saya : Baiklah,panggil saya anis

Panel : Ceritakan sedikit tentang diri kamu.

Saya : Saya seorang bermotivasi,suka membaca buku Dr. fadzilah Kamsah..bla..bla..bla

Panel : Awak tak berminat untuk memohon jawatan sales /marketing executives?

Saya : Saya boleh buat,tetapi kurang berminat.Saya pernah membuat bisnes cupcakes tapi itupun sekadar mencari pengalaman dan bukan keuntungan.Saya sedar sebagai eksekutif pemasaran adalah berdasrkan sasaran jualan jadi saya tak yakin syaa mampu mencapainya kerana saya sukar mendekati orang.

Panel : Jadi,saya boleh katakan awak ni takde bf la yea?

Saya : (Adoi,nak jawab macam mana ni).Emmm...baru je clash cik

Panel : Atas alasan apa?

Saya : (Lagi payah ni).Adalah cik..alasannya

Panel :takpe,mungkin ada hikmahnya,awak boleh fokus dan tumpukan perhatian pada study.

Saya : Ok

Panel : Kami nak tawarkan awak jawatan ni,awak sedarkan sebagai lepasan ijazah tentunya mahukan jawatn eksekutif,jadi berapa lama awak boleh stay dengan syarikat kami?

Saya : Saya sedar cik,kalau persekitaran syarikat baik,mengapa saya perlu pindah walaupun saya ditawarkan ke tempat lain.Kalau saya boleh hold kontrak saya dengan syarikat lain,saya akan hold.

Panel : Baiklah,kalau kami tawarkan jawatan ni berapa awak nak?kami cuma mampu bagi RM 800.Bukan seperti yang awak tulis nih..RM 1500

Saya : RM 800?emmm RM900 boleh?

Panel : Baiklah,nanti kalau awak diterima,kami akan beritahu

Saya : Ok.Kalau macam tu bila saya akan tahu jawapannya ya cik?Lagi cepat lagi bagus,jadi tak perlulah saya pergi ke temuduga yang lain.

Panel : Dalam masa 2 minggu kerana kami perlu proses pemilihan ini dulu.

Saya : Kalau lebih awal lagi bagus cik.Terima kasih.Saya amat berharap dengan keputusan cik

Keputusan temuduga : Keesokan harinya saya telah dipanggil untuk menghadiri kursus di Ipoh,Perak dan Kuala Lumpur.Memang cepat tapi sekali lagi saya menolak kerana dipanggil untuk menghadiri kursus bersama Yayasan TM.
-----------------------------------------------------------------------------

Temuduga 3

Jawatan : Penolong Pengurus (Eksekutif)
Syarikat : Telekom Malaysia (TM)
Tempat : Kolej TM ,KL
(2 orang panel temuduga seorang calon)

Temuduga ini adalah khusus untuk pemegang biasiswa TM yang memperoleh First Class Honour.Calon yang berjaya dalam temuduga akan dapat mengikuti Fast Track Program (FTP) yang mana calon yang berjaya menunjukkan prestasi kerja yang baik,akan dinaikkan pangkat menjadi Manager dalam masa 3 tahun.Kebanyakan calon adalah lepasan MMU.Calon dari IPTA hanya 3 orang sahaja terdiri daripada 2 orang lelaki,seorang daripada UIA dan seorang lagi dari UiTM.Manakala saya merupakan calon tunggal wanita dari IPTA.Tanggungjawab yang berat untuk memikul nama IPTA.Namun,saya hanya yakinkan diri .Mudah-mudahan saya dapat menempuhi temuduga ini dengan lancar.
Temuduga berjalan selama 2 jam setengah.Soalan -soalan panel adalah soalan yang standard dan kebanyakan berkisar tentang kemahiran dan kepimpinan.
* How do you motivate others?
*How do you see yourself as a leader?
* How do you adapt to change?
*What do you do to make others follow you?
*How do u solve problems?
Begitulah beberapa soalan yang ditanya.Soalan-soalan tadi perlu dijawab disertakan dengan pengalaman semasa di universiti.Puaslah saya menjawab dan bercerita sehingga kekadang terpakasa mengulang cerita yang sama kerana tidak dapat mengingati pengalaman lampau.Tetapi beberapa pengalaman sempat saya kongsikan bersama panel.Pengalaman yang saya boleh kaitkan adalah sepanjang bergelar MPP,menjadi pengarah projek,setiausaha serta menjadi ketua bagi kebanyakan assignment sepanjang bergelar mahasiswa.Saya meminta panel memberikan saya beberapa minit untuk berfikir supaya dapat menceritakan pengalaman yang diperlukan.Alhamdulillah,panel pun sangat sporting.Ada orang nasihatkan supaya tidak terus menjawab soalan panel supaya kita tidak kelihatan terlalu desperate.Itulah yang saya lakukan.
Keputusan temuduga : Saya mendapat tawaran kerja di TM cuma belum dimaklumkan samada tersenarai dalam program Fast Track atau tidak.Saya akan bermula pada 1 julai 2010 dengan menjalani induksi selama 10 hari kemudian ON JOB Training selama 6 minggu.Mudah-mudahan saya dapat menjalaninya dengan penuh ketabahan dan kesabaran.
----------------------------------------------------------------------------
Moral of the story : Berusahalah selagi upaya dan yakin dengan keupayaan diri.Tanam dan niatkan dalam hati untuk memperoleh kerja dan rezeki yang halal.InsyaAllah akan dipermudahkan urusan untuk mencapai apa yang dihajatkan.Andai doa lambat dimakbulkan,Allah telah menyusun yang lebih baik untuk kita.
p/s : Semoga ini juga adalah satu rezeki dan laluan saya untuk menuju ke gerbang dan alam rumah tangga nanti.

7 comments:

  1. hamboi nisa. laluan ke alam rumah tangga. yeyay!!!!

    ReplyDelete
  2. salam, hi, saya akan menghadiri temuduga dgn TM pada 20/7 ini, jadi setelah puas membelek laman2 web dan portal untuk mencari tips2 dan soklan yg akan ditanya, saya ingin meminta pertolongan cik lisa agar dapat memberi beberapa soalan2 dan tips2 jawapan yg seeloknya kepada.. saya mengambil bahagian akaun untuk jawatan Ass. Manager. Oh ya, saya ada pengalaman bekerja di audit firm dan ini temuduga pertama sayea selpaas hampir 2 tahun bekerja so agak nervous compare to before..
    Terima kasih..
    P/S: amat nerharap dapat jawatan ini..

    ReplyDelete
  3. oh..baguslah..tak perlu nervous..soalan2 nya pun secara general.soalan yang saya masa temuduga agak berbeza dengan calon lain.Tapi tak mengapa,saya berikan beberapa soalan serta jawapan berdasarkan pengalaman rakan2 yang pernah hadiri temuduga TM
    1.what do you know about TM
    -search kat tm website.tengok produk baru seperti Unifi

    2.what is our vision?
    -tengok bahagian vision n mission.tak perlu hafal.fahami maksudnya

    3.what do u want to contribute to TM?
    as accounting background,bgtau lah sebab2 berkaitan u nak kawal budget n sebagainya.sebagai org yg dah kerja,u must know better.

    banyak lagi..u can email me at kurniyant9@yahoo.com for further info.

    ReplyDelete
  4. salam..sy norazuwa akan menghadiri temuduga akar insan tu..boleh awk kongsi tips or pengalaman awk.stage 1 tu mcm mane de punyer penilaian sama ada oral or writting..ape lagi yang de akan tanye?tq

    ReplyDelete
  5. hai norazuwa

    stage pertama cuma perlukan awak bercakap topik yang telah awak undi selama 1 minit (Oral).Cakaplah apa pun yang awak tahu pasal topik tu dalam english.yang penting awak cuba..jangan senyap je.ada kemungkinan untuk disingkirkn pada peringkat pertama kalau awak berdiam diri.

    Bila awak dah lepas oral,baru pergi fasa seterusnya,tetapi soalan yang akan ditanya berbeza kerana panel berbeza.soalan saya ketika interview tu seperti yang telah saya maklumkan dalam artikel ni.awak boleh cuba refer di jobstreet,soalan2 yang selalu ditanya ketika temuduga.

    Good luck!

    ReplyDelete
  6. salam.. sy dpt interview post tm unifi technician.. bleh x gtau sdikit tips utk sy pg intvw.. sy fresh graduate.. bl0m kje lg.. :)

    ReplyDelete
  7. salam. saya fresh grduate dan baru shj pergi walk in interview maybank. saya nak tanye berapa lama proses maybank untuk paggil temuduga semula ?

    ReplyDelete

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...