Until Jannah

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 September 2010

Nikmat

Besar sungguh nikmat yang Allah kurniakan. Sekiranya ini yang aku peroleh kerana kegagalan episod dulu, aku terima ini seadanya. Namun andai ini satu nikmat pendahuluan sebelum musibah mendatang, entah mampukah aku menempuhi segalaNya.Yang penting aku perlu percaya, Allah memberikan ujian pada hambaNya yang mampu menghadapi.
UJIAN..Bermula dengan cabaran menyempurnakan kertas pembentangan yang tidak diterima panel kemudian menimpa pula keretakan hubungan antara aku dan dia. Retak yang memang tiada sambungannya. Bertimpa-timpa namun ini yang harus aku terima
NIKMAT..terpilih sebagai Fast Track Executives, memperoleh kerja dalam waktu singkat, tempat kerja yang baik, dan hari ini pula aku menerima laptop . Rakan sekerja yang lebih senior dariku hanya memandang dan ada jua yang menyinggah seakan pelik dengan singkatnya aku memperoleh laptop padahal mereka yang dah senior hanya memakai desktop. Itu yang dipanggil nikmat. Terlalu besar aku rasakan.
AKAN DATANG...Mampukah ujian ini aku terima.Mudah-mudahan sekeliling dapat membantu.

No comments:

Post a Comment