Kanser..sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan terasa gelap dunianya kerana ia seolah menamatkan kisah hidup.
Kak Ngah..sepupuku baru sahaja disahkan menghidap kanser kelenjar/limfoma. Seawal menerima berita tersebut,beliau seakan terkejut dan tidak menyangka menghidap penyakit tersebut.Semasa pertama kali menziarah,dapatku lihat aliran matanya ketika mencertikan sindrom yang dihadapi. Bermula dengan bengkak di mata membawa kepada penemuan kansernya.Tidak kuat mungkin menerima penyakit itu
Kali kedua aku melawatnya,kali ini lebih ceria.seakan menerima ketentuanNya.Doktor menasihatkannya mempelajari kaedah kemoterapi yang akan dijalaniNya kelak.Suaminya turut memberikan sokongan.Tidak lupa jua ibunya serta ahli keluarga yang lain.Ayat manzil dan yasin jadi penguat semangatnya ketika ini.
Mudah-mudahan Kak Ngah dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah
Tiba-tiba teringat perbualan ketika berbicara masa malam BBQ
Kak Ngah : Raya kali ini kita jumpa,raya tahun depan tak tahu lagi...
Kak ngah..insyAllah.Tabahkan hatimu.Doa kami sentiasa bersamamu
No comments:
Post a Comment