Tuesday, 19 October 2010

Akan hadirkah cinta antara kita?

Mengapa Allah turunkan hujan yang lebat,kerana selepas itu akan muncul pelangi untuk menceriakan bumi.Mungkinkah kau pelangi yang dinanti setelah aku melalui episod duka di hati?

Calon suamiku,

Terlalu tinggi harapan yang kau letakkan padaku.Dimatamu aku seorang wanita cukup budi pekerti,pandai menjaga diri dan ikhlas menyayangi.Usah kau harapkan kesempurnaan dariku kerana aku bukan seperti itu.Namun kiranya hadirku disisimu bagi menyempurnakanmu,mungkin itu boleh berlaku.

Calon suamiku,

Aku juga tidak mengharapkan kesempurnaan.Masing-masing di antara kita punya kisah silam berbeza.Andai ia akan meluka antara kita,usah dibuka cerita yang lama.

Calon suamiku,

Moga cinta kita ketemu di syurga.Biar ia halal selamanya.Jangan terpedaya dengan umpan syaitan yang dusta.Yang akan menzinakan hati kita.Peliharalah hubungan ini sehingga kita diijabkabulkan nanti.

Calon suamiku,

Tidakku marah andai kita hanya berbalas kerlingan.Tidakku kesal andai tiada detik pertemuan.Cukuplah seadanya kerana kita menjaga batasan.Semoga bertaut kasih di singgahsana impian.

Calon suamiku,

Andai memang kamu yang ditakdirkan untukku.Biarlah cinta antara kita hadir di saat yang sewajarnya.Jangan dipersoal mengapa aku tidak seperti wanita biasa.Kerana aku ingin cinta kita terpelihara untuk merasa manisnya asmara yang terbina atas mahligai perkahwinan.

Calon suamiku,

Bersabarlah untuk detik itu.Akan tiba saatnya nanti untuk hati kita bersatu.Mudah-mudahan peroleh rahmatNYa dan sentiasa direstu.

Mudah-mudahan kamu untukku.

1 comment:

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...