Thursday, 21 October 2010

Apa cerita

Ada sesetengah bloggers telah mula memprivatekan blog mereka atas alasan mereka diintip dan hanya ingin berkongsi cerita bersama teman terdekat.Kalau saya.ada ke yang nak menyinggah di blog yang tak punya apa-apa cerita ni.Well,depends on individual.For me,biarlah sesiapa pun yang baca.That's why macam malas je nak letak traffic yang detect pembaca.(Actually kalau buat asyik tak jadi je nak upload traffic,

Macam dah habis modal nak cerita.Cuma mahu berkongsi rasa.Hati ini telah mula membuka ruang untuk dihuni.Alhamdulillah,masing-masing telah meluah isi hati.Tinggal urusan keluarga yang dinanti.Aku tidaklah mengharapkan hubungan seperti pasangan bercinta yang lain.Serik kah?memang serik,dulu bercinta bagai nak rak ,tapi akhirnya kecundang di siang hari.Tidak berkesudahan seperti yang dinanti.Akhirnya sang lelaki pergi mencari yang lain.Cukuplah bercerita pengalaman dulu yang sebenarnya sangat menyakitkan hati.

Tentang lelaki ini...Dari keluarga yang baik,perawakan yang sopan serta punya kerja yang bagus.
Tentang aku...sama mungkin seperti dia.Biarlah perasaan ini disimpan.Cukuplah sekadar kami tahu kami menyukai satu sama lain.Tidak perlu terlalu berhubungan kelak kemanisan di alam perkahwinan akan lebih terasa.

Tentang lelaki yang telah jauh pergi..Pergilah jauh terus dari diri ini.Memang lega di hati,bila sebenarnya aku tahu siapa dirimu sebenarnya.Jelaslah janji yang kau ikat untuk sehidup semati hanya tinggal janji.Akhirnya kau pergi juga bersama insan pilihan hati.Walau apapun keputusanmu,aku akur kerana aku suka sangat sebenarnya tidak terseksa dan terbeban dengan persaaan untuk memiliki kamu.Memang tepat keputusan aku untuk menarik diri dari hubungan ini.Kerana memamg sudah tiada nilai di dalamnya.

Dan kini aku telah mula membuat perkiraan untuk majlis pernikahan.Sempat dan cukupkah dengan apa yang ada.Mudah-mudahan cik abang sayang pun turut mengumpul bersama.Memang diam saja komunikasi kami berdua.Diam tanda setuju ,mungkin?

2 comments:

  1. Alhamdulillah, saya doakan moga hubungan kali ini berjalan lancar dan mendapat keredhaan-NYA. Amin...

    Nanti, jangan lupa pula perkenalkan buah hati, pengarang jantung tu. Mahu juga diintai-intai rupa parasnya. Hehehe...

    Tiba-tiba, saya teringat sesuatu. Em, biasanya kalau sudah begini, ia akan jadi seperti plot novel/drama. Tentang lelaki yang sudah jauh pergi, mungkin akan kembali menagih cinta hati, mungkin. Mohon dijauhkan.

    Soal hati dan perasaan, semamangnya sesuatu yang rumit untuk ditafsirkan. :)


    p/s: "Memang lega di hati,bila sebenarnya aku tahu siapa dirimu sebenarnya" - Saya suka ayat ini. Ia sangat terkesan di hati.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah riz,Thanks for the support.

    Suatu hari nanti,mungkin di hari bahagia saya.Bukan dalam waktu terdekat.Biarlah si dia kekal misteri buat masa ini.

    Lelaki yang sudah pergi tak mungkin menagih cinta hati kerana dia sendiri telah mengisi ruang di hati.Andai dia tetap menagih cinta,maka jelaslah egonya telah tercabar.Tidak dilayan lah kalau begitu jadinya

    Soal hati dan perasaan,memang rumit.Tapi kalau kita letakkan harapan kita pada Allah.insyaAllah dipermudahkan segalanya.

    p/s: andai saya mampu menulis novel sebaik riz,mungkin saya telah terbitkan sebuah novel.Tapi saya cuma boleh berpuisi.Mengerahkan idea2 seringkas sehelai kertas.

    ReplyDelete

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...