Monday 26 March 2012

Tips Menjadi Pengapit Perempuan


Pengapit berasal dari kata nama kapit yang bersinonim dengan iringan, teman, kawan atau pembantu. Menurut terjemahan Kamus Pelajar Edisi Kedua pengapit ialah orang yang menjadi teman pengantin dalam majlis perkahwinan, orang yang menemani atau membantu pengantin dan orang yang berada di kiri dan kanan pengantin. Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan pengapit sebagai pengiring pengantin. Apa jua definisi yang diguna pakai, secara ringkasnya pengapit merupakan antara orang terdekat dengan pengantin dalam majlis perkahwinan. Sekiranya dengan secara rasmi pengantin telah memilih kita sebagai pengapit, maka kita perlu mengetahui bahawa kita merupakan antara orang yang paling rapat kepada pengantin.
Disini ingin saya kongsikan bersama beberapa tips menjadi seorang pengapit berdasarkan pengalaman saya menjadi pengapit untuk 3 majlis perkahwinan. 

1.Perbincangan dengan pengantin 
Berbincang dengan pengantin terlebih dahulu tentang baju yang akan dipakai semasa majlis supaya tidak menyerlah daripada pengantin. Pastikan pasangan pengapit lelaki juga mudah mencari pakaian yang ditetapkan.
sedondon sangat!

2.Waktu ketibaan
Kenal pasti waktu anda perlu tiba di rumah pengantin sama ada sehari sebelum majlis atau beberapa jam sebelum majlis. Pastikan anda tiba lebih awal untuk memastikan anda dapat membantu keperluan 'last minute' pengantin.Kebiasaannya pengantin tidak dibenarkan keluar dari rumah sehari atau semasa majlis, jadi sebagai seorang pengapit, kita juga bertindak sebagai kaki dan tangan kedua pengantin pada hari tersebut.

duduk tak semegah,pengapit kurang ayu di situ
3.Kemudahan penginapan
Pastikan kemudahan penginapan telah ditempah awal. Pengapit mungkin dibenarkan tidur di rumah pengantin sendiri atau pengantin akan menyediakan kemudahan penginapan bagi pengapit yang memerlukan kemudahan bermalam. Kesemuanya bergantung kepada budi bicara pengantin. 

4.Kemudahan Pengangkutan
Pastikan anda mempunyai kemudahan pengangkutan bagi memudahkan pergerakan sekiranya perlu.
Pastikan tayar juga tidak pancit

5. Kenali keluarga pengantin
Kenali keluarga pengantin bagi memudahkan komunikasi sepanjang perjalanan majlis. Pastikan juga keluarga pengantin mengenali anda supaya anda boleh bertindak sebagai medium komunikasi antara keluarga dan pengantin. 
mak pengantin sporting.tak kenal maka tak cinta

6.Kelengkapan pengapit
Sediakan tisu, lipstick dan span bedak untuk touch-up pengantin. (tidak wajib tapi diperlukan bergantung kepada keadaan semula jadi kulit pengantin) 
Payung juga perlu, walau atas dah berbumbung.

7.Ketahui aturcara majlis
Ketahui aturcara dan floor plan majlis daripada pengantin bagi memudahkan tugas sebagai seorang pengapit. Setiap majlis mempunyai aturan yang berbeza bergantung kepada adat dan budaya keluarga itu sendiri.Terdapat perbezaan antara majlis yang diadakan di dewan dan dirumah. Bagi majlis perkahwinan yang diadakan di rumah, pengantin lelaki akan datang dari rumahnya siap berpakaian pengantin diiringi keluarganya menuju ke rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan pula akan menunggu ketibaan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan sendiri. Sejurus pengantin lelaki tiba, kedua-duanya akan terus duduk di pelamin atau terus ke meja beradap (bergantung kepada aturcara majlis). Manakala untuk majlis yang diadakan di dewan, kedua-dua pengantin akan berarak masuk menuju ke dewan seterusnya ke pelamin atau meja beradap. ( semua perjalanan majlis bergantung kepada aturan pengantin sendiri) 

bincang pasal flow walau dah ada atas pelamin
8.Kenali dayang dulang
Kenali Dayang dulang (sekiranya ada) dan anda boleh memohon bantuan mereka sekiranya anda sendiri tak cukup tangan!


9.Alas perut
Alas perut sebelum majlis bermula kerana anda mungkin tidak mempunyai masa untuk makan sepanjang majlis berlangsung. Dalam sesetengah majlis, kemungkinan pengapit tidak duduk makan bersama dengan pengantin, jangan berkecil hati, terus menuju ke buffet hidangan yang disediakan dan ambil kesempatan untuk makan semasa pengantin berada di meja beradab. 

10.Solekan
Pakai solekan yang nipis dan seadanya. Tapi jangan pula kita kelihatan pucat dan tidak bermaya dan tidak memakai solekan langsung. Paling minimal ialah bedak padat dan secalit gincu. 
Solekan neutral selepas 3 round makan buffet!

11.Ikut pengantin
Elakkan membangkang permintaan pengantin. Sekiranya pengantin terkasar bahasa, atau bersikap mengarah, layankan aje. Inikan hari bahagia mereka. Mungkin mereka tak sedar. Kalau kita sedar pun, buat-buat tak sedar dan menurut sahaja perintah mereka kerana sesungguhnya mereka yang mengetahui apa yang mereka inginkan.
tak berniat interframe,pengapit tidak sopan

12.Simpan barang
Simpan semua barangan pengantin (terutama handphone) di tempat yang selamat. Anda mungkin memerlukan seorang lagi teman pembantu untuk menjaga barangan anda dan pengantin kerana anda tidak akan membawa beg ke hulu hilir. Lebih mudah sekiranya anda memakai baju yang mempunyai poket supaya boleh menyimpan barangan anda dan pengantin.
pengapit kepada pengapit (baju putih) perlu sangat!motif?

13.Kenali OP
Kenali official photographer bagi memastikan semua gambar yang ingin diambil dapat dirakamkan dengan sempurna. Buat perbincangan bersama pengantin dan jurukamera detik-detik yang wajib dirakamkan. Sekiranya tertinggal satu momen, kita bertindak sebagai reminder. Dan sekiranya OP teringat, kita juga yang akan bertindak mencari orang-orang yang sepatutnya dirakamkan detik bersama. 

14.Hand bouqet
Pastikan hand bouqet sentiasa berada di tangan pengantin perempuan. Kekadang pengantin terlupa kerana tertumpu kepada majlis yang berlangsung. Jadi, kita bertindak menyediakan dan memastikan hand bouqet berada di tangan pengantin dan tidak ditinggalkan di tempat lain. 


15.Kecemasan
Sentiasa bersedia dengan situasi kecemasan dan bertindak pantas menghadapinya. Kekadang akan timbul perkara yang tidak dijangka jadi kita perlu bertindak pantas mengatasi masalah tersebut. 

16.Ucapan penghargaan
Sebaik sahaja selesai majlis atau selesai acara terakhir dalam majlis, maka selesailah tugasan sebagai pengapit. Ketika itu, bolehlah kita berkemas untuk pulang. Ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengantin dan keluarga pengantin. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang menjalankan tugas. 

17. Extra service
Tanya pihak pengantin sekiranya mereka ingin extra service pengapit mengikuti pengantin ke outdoor photoshoot. Mereka mungkin memerlukan khidmat driver (takkan nak suruh pengantin drive dengan baju pengantin kan?)
extra service+extra perasan

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...