Friday 25 May 2012

Baju Nikah-Detailing

Mula menyusun langkah dengan persiapan perkahwinan. Didahulukan dengan baju nikah. Baju nikah merupakan salah satu hantaran saya ketika bertunang. Beli baju yang dah siap, senang cerita tak payah fikir design. Memandangkan baju itu kelihatan seperti baju kurung biasa, jadi saya bercadang nak tambah detailing sedikit pada lengan untuk menambah sedikit seri kepada baju tersebut.'sedikit' yang dimaksudkan adalah detailing pada lengan sahaja.

Dari mula lagi saya meminati hasil kerja Kak Zaza daripada BEADMEPLEASE. Nampak kemas. Jadi, saya cuba hubungi beliau dan Alhamdulillah mendapat respons yang baik dan segera. Perbincangan dilakukan melalui SMS dan Kak Zaza menjawab setiap pertanyaan yang diajukan. Setakat ini harga yang diberikan masih dalam bajet saya.

Dengan tidak berapa segera saya membungkus baju nikah untuk penghantaran melalui Pos Laju. Saya juga sketch sedikit gambaran bahagian mana yang perlu ditambah detailing. Hasil lukisan yang tidak seberapa dikepilkan bersama diharap membantu Kak Zaza dalam melakukan hasil seninya.

Hasil lukisan tak semegah


 Hope for the best. Simple yet nice.

Oh ye, bagi sesiapa yang nak buat penghantaran non document item macam baju ni lebih elok bungkus dulu barang tu pakai kertas minyak.Tapi if malas nak bungkus sekarang Pos Laju ada menyediakan perkhidmatan Pos Laju Prepaid Box. Korang hanya perlu beli box.envelope tu siap-siap (ada harga ikut saiz).



Kelebihan guna perkhidmatan ni tak payah susah2 nak bungkus. Kekurangan, kena bayar lebih dari sepatutnya.Contohnya macam kes Nisa dah siap bungkus jadi pakai pos laju timbang cuma bayar RM 4 lebih untuk berat baju tu tapi kalau pkai envelope prepaid Pos Laju ni nisa dah kena siap2 bayar RM6 (untuk saiz envelope paling kecil). Jadi terpulang pada barang masing-masing. RM 2 pun masih satu penjimatan kan?

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...