Tuesday 16 October 2012

Antara Nilai 3, Ayer Hitam dan Jalan TAR

Tiga tempat ini merupakan 'hot spot' bagi bakal pengantin. Bagi Nisa setiap tempat mempunyai kelebihan tersendiri. Nisa sendiri beli barang-barang perkahwinan dari ketiga-tiga tempat ini. Nak share sikit apa yang ada kat ketiga-tiga tempat ni .

Nilai 3, Negeri Sembilan

Sekiranya anda tidak ke Bandung, Nilai 3 adalah alternatif bagi membeli kain untuk ahli keluarga. Selain dari pelbagai pilihan, harga berpatutan tapi kena pandai cari kedai ok.

Selain itu, nak beli beg-beg untuk isi doorgift pun murah, Contohnya untuk non woven bag saiz S dijual RM 2.20 sepaket yang berisi 10 beg di Jalan TAR,manakala di Nilai 3 dijual dengan harga RM2.00 sepaket dengan pembelian 1000 ke atas.

Variasi bunga yang dijual di sini pun menawarkan harga yang berpatutan. Ada kedai menjual bunga artificial hygandrea saiz S dengan harga RM3.90 sejambak. Saya jumpa ini di kedai VR Star. Rambang mata nak pilih bunga.Ada pelbagai saiz, bentuk dan warna. Kalau ada masa, survey dari satu kedai ke kedai lain dan kita boleh dapat harga yang murah antara kedai.

Door gift kat sini pun boleh tahan, tapi setiap kedai menawarkan barang yang hampir sama seperti balang kecil, cawan vintage, kipas dan sebagainya. Sekiranya mahukan kelainan untuk pemberian door gift,boleh cari di tempat lain.

Nak cari langsir pun ada, mereka boleh jahit dalam masa 1 jam!

Jalan TAR,Kuala Lumpur

Ini adalah tempat bagi penggemar kain berjenama. Sebut sahaja dan semua syarikat yang pernah masuk iklan TV ada di situ. Nisa pergi ke sini sekurang-kurangnya sekali sebulan. Paling kerap pun pergi dua kali seminggu

Nak cari kain boleh cari di JAKEL,KAMDAR,NAGOYA,OSMAN,EURO MODA,GULATIS

Nak beli ready made baju pun ada kat sini ,jenis cotton, chiffon beaded dan lain-lain lagi.Range harga dari RM100 dan ke atas. Baju cotton masa raya hari tu boleh jatuh RM50 sepasang.

Nisa suka pergi sini sebab beli material untuk hantaran dan hiasan. Bagi sesiapa yang nak beli tissue paper boleh la dapatkan di Kedai SIN YIN di tingkat LG dalam bangunan Semua House. Kalau beli yang dah siap pack 50 helai dijual RM20.Untuk yang dipaket 3 tissue paper dijual RM1.35. Untuk tissue aka crepe paper yang keras dijual dengan harga berbeza. Jadi terpulanglah pada keputusan dan planning anda. Pastikan anda merancang terlebih dahulu sebelum membeli sebab bila dah sampai sana rambang mata kerana kebanyakan barang murah-murah terutamanaya bahan-bahan 'mentah' untuk hiasan. Bunga artificial / palsu pun ada di jual di sini.Range harga bermula RM3.00 sejambak.

Tak jumpa barang di Sin Yin? Takpe ada lagi satu kedai barang perkahwinan sebelah dia. Biasanya Nisa beli crepe paper yang keras sikit di kedai ni.Di jual dengan harga RM5 satu gulung. Tapi kalau ada offer ,beli 1 gulung dapat 1 gulung percuma.

Tak jumpa lagi,tapi masih nak berlegar di Semua House dan shopping dengan keadaan lebih luas? Korang amik lif pergi ke tingkat U5(tingkat paling atas sekali).Ada satu lagi kedai yang lebih besar. Harga lebih kurang sama je dan kawasan lebih luas. Tak ramai sangat orang dalam ni,mungkin sebab orang tak tau. nisa baru tau wujudnya kedai ni selepas diberitau rakan yang sama hunting to Jalan TAR dua hari berturut-tutut.Kitorang sempat singgah kat kedai ni pada hari kedua sebab sampai awal. Untuk pengetahuan,kedai di SEMUA HOUSE kebanyakannya ditutup pada pukul 8 malam.Jadi, kalau nak pergi lepas kerja,pergi awal sikit.

Kedai Bunga Reben was recommended by Zila. Nisa plan nak buat button badge,ada kain tapi takde bling-bling sebab tak tau nak beli kat mana. Biasanya lalu je depan kedai reben ni sebab ingatkan jual barang jahitan dan tak menarik.Sekali masuk, lagi sekali rambang mata nak pilih. Thanks to Zila,finally i found the bling-bling to my button badges dan pin belakang tu pun dibeli di Kedai Bunga Reben.

Tudung pun banyak gaya dijual di Jalan TAR. Bagi yang nak cari Shawl ala2 Shasmeen Sakura tu,kat sini banyak di jual. Harga range sama dengan Radiusite dan boleh tawar lagi. Inner yang kemas pun baru keluar di pasaran Jalan TAR ni.Sebelum ni susah nak cari kat situ. Bukan semua kedai kualiti dia sama, jadi kena pandai pilih. Kalau pergi masa kedai dah nak tutup memang harga kaw-kaw la korang dapat.

Ayer Hitam. Batu Pahat,Johor

Bagi orang Johor, disarankan singgah la ke Ayer Hitam,ada pelbagai pilihan door gift..Ada kelainan sikit je berbanding di Nilai 3. Harga pun boleh tahan murah.Dengan RM1.00 dapat cawan yang kecik2 je kat Nilai 3 tapi kat Ayer Hitam ni dapat la cawan besar sikit siap dengan sudu comel.Doorgift untuk rombongan pengantin lelaki pun Nisa beli di sini. Tawar dengan pekerja pertama tak dapat langsung diskaun.Cuba dengan pekerja lain di kedai yang sama.Dapat la diskaun 10 sen? Boleh la kan dari takde (sedapkan hati). Nisa biasanya singgah Ayer hitam kalau balik kampung, Untuk beli door gift saja nisa perlukan 3 trip. Tak boleh angkut semua, setiap trip bawak 500 unit dan trip terakhir nisa pergi on 23 Sept untuk beli Door Gift VIP. Dinasihatkan, sila guna skill tawar menawar anda.

Untuk makluman, Ayer Hitam ada banyak bahagian. Bahagian Ayer Hitam Lama banyak jual soft toys, kerepek dan cenderamata serta hiasan rumah. Kerepek kat sini pun sedap-sedap. Nisa suka kerepek pedas dan Nisa suggest untuk pergi Kedai Pak Cik Cowboy untuk beli kerepek ubi pedas kat situ. Time raya ramai orang borong kerepek di situ.

Ayer Hitam Baru pula lebih banyak barang untuk perkahwinan dari bunga, door gift, hiasan dan sebagainya. Yang penting,kena pandai tawar menawar.

Kesimpulan : Walau dimana pun destinasi pilihan membeli belah, pastikan kita mempunyai perancangan awal untuk pembelian barangan. Banyakkan buat rujukan dan tanya kawan sekeliling.Sebab kalau jalan jauh-jauh pastu benda yang kita cari takde, itukan satu kos dan pembaziran juga. Best of Luck untuk kalian

p/s : dah penat nak shopping dan survey. Nak duduk rumah siapkan projek D.I.Y je sekarang ni


10 comments:

  1. ujung bln ni nk g nilai 3, awl bln depan nk g jalan TAR pulak ;)

    ReplyDelete
  2. wooo..semangat tuh,banyak lagi brg nak beli nampaknya?

    ReplyDelete
  3. betul..
    nak pegi satu satu tempat tu kene plan dulu nak beli ape semua..

    jangan jadi macam daku..
    dah sampai sane..dah tergaru-garu kepala yang tk gatal..
    huhuh..

    pembaziran waktu bila tak tahu nak beli ape dan men redah saje..

    ReplyDelete
  4. takpe ina, belajar dari pengalaman..

    ReplyDelete
  5. salam semua. nak ty kak beli beg non woven kt jln tar 2 kat kedai mana? ingT nak g beli jgk untuk wedding bln 12 ni tapi tak tau nak tuju kemana..

    ReplyDelete
  6. beli kat kedai Sin Yin jugak kat tingkat bawah, intan masuk semua house, lepas tu turun tangga, sin yin belah kiri you..kalau tak berkenan kat situ boleh pergi kedai Sayang You kat tingkat atas (U5) kena naik lif

    ReplyDelete
  7. oh kt kdai tu. ok kak tq ye. dah tau tmpt snang nk tuju je. hehe. ok selamat malm semua..wsalam

    ReplyDelete
  8. salam semua. kak sya dh g bli beg non woven kt sayang u. nasib masa g ada promosi beg tu 10 pcs rm1.60 je, maknanya 1 pcs jth harga 16sen la. jimat jimat alhmdullilah hehe tq for infomation yg sgt2 berguna ni..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..glad to help.semoga dipermudahkan urusan untuk yang lain ye!

    ReplyDelete
  10. kat semua house level U5 de sayang you...kt situ non-woven bag rm1.60 je sepaket...kalo hrga belian antara 50-199 de diskaun 5%...kalo more than 500 diskaun 15%...tapi utk beli kain nikah nk try usha kt nilai. xmampu nk g bandung :D

    ReplyDelete

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...