Hari ini saya dan Soleha telah berkesempatan menghadiri Syarahan Intelektual siri ke 4 yang dianjurkan oleh pihak UiTM Johor. Saya pernah menghadiri syarahan intelektual siri 1 pada awal tahun ini.Berikutan terkesan dengan siri 1,saya hadirkan diri ini siri ke 4 yang menampilkan penceramah yang sama iaitu pengarah kampus UiTM Johor,Prof. Dr.Hj Muhd Kamil.Menghadiri syarahan motivasi seperti ini pasti menaikkan kembali semangat saya untuk terus berjaya dan berjuang.
Prof. Dr. Hj Muhd Kamil menyampaikan syarahannya dengan begitu terkesan sekali kerana beliau menceritakan pengalaman jatuh bangun sehingga beliau berjaya hingga hari ini.
Semasa beliau menceritakan pengalamannya yang gagal sehingga mengecewakan bapanya,ada di kalangan hadirin yang sebak dan terharu mendengar cerita Prof.Saya sendiri sebak kerana saya turut mengalami perkara yang sama ketika SPM.Namun,di sebalik cerita itu,prof selitkan yang keazaman dan kepercayaan kita untuk berjaya akan mengatasi segala-galanya.
Di akhir sesi syarahan,salah seorang hadirin bertanyakan tips untuk mengelakkan gugup ketika bercakap di khalayak ramai.Dan jawapan Prof kepada persoalan tadi.
Mintalah pada Allah, mengadu pada Allah..Ya Allah Ya Tuhanku
berikanlah aku kekuatan untuk bercakap di khalayak ramai
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan ,Ya Allah..berikanlah aku kekuatan Ya Allah..
dan mohonlah doa di 1/3 malam kerana malaikat merahmati doa di 1/3 malam.
No comments:
Post a Comment