Wednesday, 22 June 2011
Jejaka Pilihan
B : Aku puaslah dok belek-belek FB kau cari siapa jejaka pilihan kau.Mana tau dok terselit kat mana-mana gambar ke.
Kenyataan rasmi : Saya belum bertunang tetapi sudah dirisik beberapa bulan yang lalu. Dia seorang yang sederhana dan buat ketika ini empunya diri masih kekal misteri. Bagi kalangan teman rapat, sudah diberitahu. Dan sudah tentunya ada beberapa orang telah melihat beliau dari FB (kerana saya sendiri yang link FB beliau kepada mereka).
Saya telah temukan housemates saya dengan beliau dan alhamdulillah menerima reaksi postif. Doakan beliau yang terbaik untuk saya dan doakan supaya saya dan beliau boleh bercinta sampai syurga. Semoga ke syurga FIRDAUSi hendaknya..
Addicted to B2B blog
Blog list utk wedding makin bertambah dari hari ke hari sampai dah tak boleh tambah (maybe jammed).Dah berkenan kat design atau konsep-konsep sesetengah B2b tapi lupa yang mana satu.Aish..kena make a list..buat buku idea.Nasib baik dah ada checklist dalam komputer.
Macam nak ubah blog ni jadi B2B tapi rasa macam kesuntukan masa.so abaikan lah..biar je berjela list b2b blog.AAK (Ada aku kesah?). Malam dah merangkak ke 1 pagi.Apalagi,buku conteng dicapai untuk design kad..eh.tunang pon nak ada kad? Over..tengok dulu tahap kerajinan.Bagi rakan-rakan terdekat, doakan kad saya tu dapat dijayakan dengan sepenuhnya kerana penerimanya adlah anda juga nanti.
Monday, 20 June 2011
Rasa ini
Belum cinta
Tapi sudah ada rasa
Belum rindu
Tapi ingin ketemu
Belum suka
Tapi sudah mulai setia
Telah mulakah
Musim bunga cinta?
Thursday, 16 June 2011
Perspektif
Dari pandangan mata orang lain : "You macam confident je,berkawan pun dengan Irene siap speaking lagi…
Dari empunya diri : Irene itu satu-satunya rakan yang dikenali dalam kumpulan tersebut.Dan bila bercakap dengannya perlulah berbahasa Inggeris kerana dia lebih memahami bahasa tersebut. Dan sebenarnya saya menyembunyikan rasa kekerdilan dalam diri. Rasa macam tersangat kecil dikalangan rakan-rakan yang lain. Tambahan pula, tiada siapa yang saya kenali dari universiti yang sama dalam kelompok tersebut. Menjadi calon tunggal mewakili IPTA, terasa seperti membawa harapan seluruh warga ipta.Confident? Gugup yang teramat sangatlah sebenarnya.
Kesimpulan : Apa yang kita perhatikan bukan seperti apa yang kita fikirkan. Fahami apa yang cuba ingin dilakukan dan disampaikan.
Wednesday, 15 June 2011
Jangan Tegur
Situasi : Sekitar 8 malam
Cik L : Ok.Kita buat dia flow mcm ni…bla.bla..bla
Saya : Ok ..
Sedang khusyuk kami berdua membuat perbincangan, tiba-tiba kedengaran..
"Dap!...Dap!..Dap!
Saya : Bunyi apa tu wei..Lipas kot?
Dap!..Dap!..Dap!..semakin kuat seperti tapak kaki kedengaran bergerak dari arah pintu bilik perbincangan ke tingkap bersebelahan saya.Bunyinya datang dari siling.
Saya : Burung ke (dalam hati)
Cik L : Pergilah! Jangan kacau
Selang beberapa minit bunyi itu semakin perlahan dan mula menghilang.Wajah kedua-duanya pucat dan cuba menyembunyikan apa yang berlaku sepeninggalan rakan yang lain menunaikan solat. Selesai perbincangan,kami terus bergegas keluar dari pejabat.Mengemas apa yang patut dan segera pulang.
Bunyi apa yang kami dengar masih menjadi misteri. Dan hari ini kami telah melalui pengalaman yang telah dilalui oleh orang lain.Namun ia tidak boleh mematahkan semangat kami untuk menyiapkan tugasan di pejabat. Bukannya selalu kena stay back. Bila dikenang kembali ada juga lucunya walaupun rasa seram pada mulanya.Mudah-mudahan tidaklah 'mereka' mengacau lagi malam ni
Saturday, 11 June 2011
Setel ke...??
Thursday, 9 June 2011
BFF Contest Siri 2
Memandangkan sambutan hangat untuk siri 1 bff contest, eightDesign Boutique telah menganjurkan BFF contest untuk kali kedua dan kali ini di datangkan dengan hadiah yang sangat lumayan sehingga bernilai lebih RM 4 ribu!
Walaupun gagal dishortlist pada siri 1, namun saya mencuba nasib untuk siri kedua pula dan Alhamdulillah telah dishortlist antara peserta yang boleh di'like'. Jadi saya telah memilih gambar bersama teman rapat ketika zaman universiti berdasarkan gaya yang boleh dikateorikan sebagai 'luar biasa'.Tambahan pula, saya telah mengarang sajak yang lahir dari isi hati mengikut apa yang telah saya lalui bersama teman teman. So, marilah vote. Blog ni dah lama sepi tapi bagi sesiapa yang terlintas untuk baca blog ini. Sila support saya dan bff serta ikuti langkah berikut:
*Pastikan anda membuka FB terlebih dahulu
Step 1 :
Sila tekan butang 'LIKE' pada http://www.facebook.com/eightdesigns
Step 2:
Like my Pic with BFF
Step 3:
Copy Paste step 1 & 2 serta sebarkan pada yang lain.
Sumbangan dan sokongan like anda semua amatlah dihargai
2017 new coming post
MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...
-
Dalam diam, sepupuku seorang ini telah dirisik dan telah tiba masanya majlis pertunangan.Majlis dilangsungkan secara sederhana dengan dihadi...
-
Ye setelah 8 bulan mengikat tali pertunangan dan tinggal 5 bulan menuju hari pernikahan baru nak mula review pertunangan. Berat hati pada mu...