Monday, 28 May 2012

Pilihan Shawl Nikah

Hari ini Radiusite baru sahaja upload produk terhangat di pasaran iaitu Shawl Shasmeen Ika II.Diinspirasikan dari shawl yang dipakai oleh owner butik (Ika) di hari pernikahannya

Last week teringat-ingat post Miss Ika tentang shawl yang nak dipakai pada hari nikah. So pada sesiapa yang masih tercari-cari shawl cantik untuk dipakai terjah blog Radisusite segera.Ada 7 warna dijual dengan harga dibawah RM100.Setakat tadi warna putih dah out of stock.Kena tunggu restock la ye kalau nak putih juga.



Radiusite pun ada ajar cara nak pakai shawl tu. Nampak sopan saja.



Ada juga yang guna pakai shawl ini sebagai veil. Kena bijak menggayakannya.

Sesiapa yang berminat serbu lah butik online hijab terkemuka ini melalui Radiusite
Blog atau FB

atau

boleh juga tengok FB ShawlLine ni



terserempak dalam FB.Price range sama dengan Radiusite cuma berbeza design.


I have buy a simpler shawl at Jalan TAR previuosly.Nak cuba jugak melilit shawl pakai tutorial radiusite.

Friday, 25 May 2012

Full Review Engagement

Ye setelah 8 bulan mengikat tali pertunangan dan tinggal 5 bulan menuju hari pernikahan baru nak mula review pertunangan. Berat hati pada mulanya tapi bagi catatan memori dan ingatan diri sendiri saya coretkan juga.

Punyalah malas terus full review majlis pertunangan.Nisa ambil pakej penuh dari butik pengantin. Niat di hati memang nak D.I.Y pelamin bagai tapi bila nampak pakej ni dan baju yang cantik di butik tu terus grab

Pakej yang ditawarkan termasuk
  •  Baju Persalinan Tunang (P)
  • Pelamin
  • Make Up
  • Free Accessories (Veil + Rantai) Not include tudung
  • Free Handbouqet Rental
Total charge was RM 700. Since last minute FMIL nak tunang pakai baju sedondon so extra RM100 nisa kena bayar untuk ambil baju lelaki,Unfortunately baju tu singkat di tangan. Baru perasan masa tengok album dah siap.

Tudung nisa beli kat pasar malam RM10.Since veil dah cantik tudung tak yah meletops sangat.Nanti lagi over la jah!

PR bagus tapi ada here and there yang nisa tak puas hati tapi apapun still manage to look good in pictures. If people asking am i recommending this boutique? I will answer, depends on your taste dear. But i think she can deliver better cuma sebab dia tak sihat hari tu dan ia sedikit menjejaskan prestasi dan dia sendiri tak dapat make up kan nisa dan hire freelance MUA. At least she has back up.

Refer this post for pictures

Baju Nikah-Detailing

Mula menyusun langkah dengan persiapan perkahwinan. Didahulukan dengan baju nikah. Baju nikah merupakan salah satu hantaran saya ketika bertunang. Beli baju yang dah siap, senang cerita tak payah fikir design. Memandangkan baju itu kelihatan seperti baju kurung biasa, jadi saya bercadang nak tambah detailing sedikit pada lengan untuk menambah sedikit seri kepada baju tersebut.'sedikit' yang dimaksudkan adalah detailing pada lengan sahaja.

Dari mula lagi saya meminati hasil kerja Kak Zaza daripada BEADMEPLEASE. Nampak kemas. Jadi, saya cuba hubungi beliau dan Alhamdulillah mendapat respons yang baik dan segera. Perbincangan dilakukan melalui SMS dan Kak Zaza menjawab setiap pertanyaan yang diajukan. Setakat ini harga yang diberikan masih dalam bajet saya.

Dengan tidak berapa segera saya membungkus baju nikah untuk penghantaran melalui Pos Laju. Saya juga sketch sedikit gambaran bahagian mana yang perlu ditambah detailing. Hasil lukisan yang tidak seberapa dikepilkan bersama diharap membantu Kak Zaza dalam melakukan hasil seninya.

Hasil lukisan tak semegah


 Hope for the best. Simple yet nice.

Oh ye, bagi sesiapa yang nak buat penghantaran non document item macam baju ni lebih elok bungkus dulu barang tu pakai kertas minyak.Tapi if malas nak bungkus sekarang Pos Laju ada menyediakan perkhidmatan Pos Laju Prepaid Box. Korang hanya perlu beli box.envelope tu siap-siap (ada harga ikut saiz).



Kelebihan guna perkhidmatan ni tak payah susah2 nak bungkus. Kekurangan, kena bayar lebih dari sepatutnya.Contohnya macam kes Nisa dah siap bungkus jadi pakai pos laju timbang cuma bayar RM 4 lebih untuk berat baju tu tapi kalau pkai envelope prepaid Pos Laju ni nisa dah kena siap2 bayar RM6 (untuk saiz envelope paling kecil). Jadi terpulang pada barang masing-masing. RM 2 pun masih satu penjimatan kan?

Tuesday, 22 May 2012

Bride to Be 2012

Di kala ini baru nak sedar diri bahawa telah masuk waktu azan..eh..silap..masuk zon bride to be. Rasa macam dah lewat sangat.sebelum ni asyik follow tengok saja B2B share their preparations and get some tips from them.

Sekarang, baru tersedar..dan bila tersedar sebenarnya tinggal 5 BULAN lagi ye. dan saya masih di tahap survey. Di tahap ini dengan hanya baru jumpa kedai jahit atau kedai bunga yang diingini telah membuatkan hati lega.Walaupun semuanya rasa macam dah lambat sangat. Saya sengaja letak ticker di atas sebagai peringatan.

Mulai saat dan tika ini saya akan mula berblog mengenai perkahwinan saya.Saya akan jadikan blog ini sebagai jurnal.Walaupun dah ada buku jurnal siap bertampal semua benda yang berkenaan, namun blog ini merupakan platform untuk rujukan.

Tidak kesah samada ada yang membaca atau tidak. Mulai saat ini tak kisah samada ada yang nak stalk or bercakap belakang silakan. Saya cuma menulis kerana ingin menulis, bukan kerana sebab lain. (ohh..mungkin sebab nak menjana pendapatan dari nuffnang). Itu pun saya tak tau.

Jadi kepada sesiapa yang membaca dan follow, teruskan membaca. Pada sapa yang nak add sila lah. Jangan malu jangan segan. Kepada sesiapa yang nak cakap belakang..(memang aku kesah), so what? . Till next writing.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...