Saturday, 29 August 2009

Panggilan itu..

Seawal pagi lagi saya telah menerima panggilan telefon dari ibu. Sebelum menjawab panggilan , diri ini terimbau sebentar perbualan saya dan ibu 2-3 hari lepas.

”Kak Long,ni ada pos laju untuk long”

“Pos laju?dari siapa? surat saman ke?”...dalam hati-..sebab seingatnya belum pernah lagi menggunakan alamat rumah seremban untuk mana-mana urusan formal melainkan untuk urusan praktikal.

“Entah..tak tau.dah 2 hari posmen datang rumah nak hantar tapi takde orang kat rumah.Ibu kena pergi ambil kat pejabat pos laju..ni wakil boleh amik.”

“Owh.ibu nak amik bile?hari jumaat?..dari siapa ni?”

”Tak..ibu tak tau drive ke senawang.pejabat pos laju tu kat senawang,sabtu ni baru ibu amik pos laju tu”

”Ok,siapa la agaknya hantar pos laju? TM kot..sebab kat senawang kan?tapi tak mungkin lah..long dah tolak tawaran untuk praktikal kat TM seremban.offer sales marketing..takde kaitan..PTPTN ke..

”takpe long.Nanti dah amik ibu call”

Flahback habis,panggilan dijawab..apa agaknya nak disampaikan..Perbualan telefon ayah dan anaknya..

“Halo, Long ni ada berita gembira”

”Berita gembira?apa dia?”

.

”Long dapat praktikal kat AmanahRaya”

”Ha..???biar betul..betul ke ni? betul ke? dia tak call pun”

””Betul la...mana main-main,ada lagi satu berita gembira”

Dapat elaun RM XXX”

ye ke..betul ke”

betul.syukurlah..Alhamdulillah”

”dapat Amanah Raya kat mana?”

”dia tulis sini magistret seremban”

”dekat ngan rumah tu,sah la..”

”ok,nanti ibu bagi surat”

Sebaik saja dapat berita penempatan praktikal,hati gembira bukan kepalang.Rasa macam perasaan jatuh cinta.Alhamdullillah atas kurniaan Allah.Syukur sangat-sangat.Memang terasa sangat Allah mengabulkan doa.Menakjubkan kuasa cinta Allah pada hambaNya.

Bermula dari situ, pergi mandi ..tapi mandi tak basah, nak tidur tapi tak lena, nak makan..tapi puasa..heheheh.Jadi tak keruan buat seketika.Apa yang difikir sekarang ialah untuk menjawab balik surat tawaran tadi. Dah macam orang tak berpijak di bumi rasanya.Sarung baju..make up sket tapi yang peliknya siap pakai lipstik padahal cuma nak pergi pejabat pos laju dekat dengan rumah je.Tak kesah la..Dah sampai pos laju, cuma ambil plastik dan slip pos laju pasal pos laju pakai timbang untuk penghantaran.Aisey..dah sampai sana baru perasan,silap..kenapa pulak saya nak pakai pos laju..pakai pos ekspres pun boleh.Itulah padahnya bila keterujaan yang tinggi menaikkan kadar adrenalin dalam badan. Nampak pos laju kat simpang keluar jalan terus je menuju sana bukan nak fikir pergi pejabat pos biasa.Alahai tak kesah.Yang penting selasa ini,urusan surat menyurat perlu diselesaikan.Dan semua surat yang saya hantar kepada HEA bagi permohonan praktikal ke tempat baru untuk ditaip hanya akan menjadi simpanan...Oh..AMANAHRAYA..

Sunday, 23 August 2009

Kawan atau musuh

Setelah habis burger MCD dimakan,kami duduk sembang-sembang,,assignment,lecturer,kawan dan....

Lalu satu persoalan timbul di mulut seorang rakan..

"Kau ape citer ngan si A tu?"

"Aku tak tegur dia la sangat.Kau tau tak apa motif dia buat statement camtu kat friendster?"

"Yang aku tau dia macam nak attract attention kau"

"Apa masalah dia sebenarnya?"

"Maybe frust kot..pasal pertandingan....dan pasal kau"

"Pasal aku?kan benda tu dah lama..(2 tahun)..takkan la pasal aku lagi.Bila dia cakap dia frust pasal aku tu"

"Baru-baru ni gak,kau tegur-tegur la dia.Jadi kawan je sudah..elok-elok la"

"Aku bukan tak nak elok-elok ngan dia.Aku tak nak jadi lebih dan over plak dia nanti"

"Kau baik-baik la dengan dia"

"Tengoklah camne nanti"

Isu gaduh-gaduh ni timbul entah bila pun saya tak tahu.Tapi seingat saya sebab tak nak ajar atau study group dengan si A dan keluarlah kenyataan dia yang bagi saya tidak munasabah.Memanglah elok kalau ilmu itu dikongsi bersama.Tetapi biarlah dengan cara yang betul.Saya ini pun bukannya ilmu penuh id dada.so takde la confidence sangat nak ajar orang.lagipun bukankah lebih elok kalau si A ini merujuk kepada pensyarah atau rakan sejenisnya.Saya cuma ingin mengelakkan cakap-cakap orang kerana saya tahu benar kalau diajak study bersama,hanya kami berdua saja nanti.Tidak manis..Maaflah kalau saya berfikiran kolot.Kalau diajak study ramai-ramai tak mengapa.Tapi kalau berdua saja ,memang reject la.

Jadi,saya akan pertimbangkan balik cadangan rakan untuk berbaik semula dengan si A.Bak kata orang,komunikasi adalah sangat penting.Tunggu dan lihat sajalah nanti.

Kerusi

Kalau tak boleh berdiri ketika solat,kita masih boleh bersolat tapi dalam keadaan duduk.Kalau tak bisa duduk,berbaring pun masih boleh mengerjakan solat.Itu merupakan rukhsah atau kemudahan yang Allah berikan supaya kita masih boleh mengingatNya.Solat dalam keadaan duduk di kerusi pernah saya lihat.Ketika arwah Tok Ayah terlantar sakit dulu,dia menunaikan solat dalam keadaan duduk.

Situasi solat duduk di kerusi saya lihat lagi semasa saya menunaikan umrah bulan Mei lalu.Saya amat kagum dengan jemaah yang bertekad dan bersungguh menunaikan solat walaupun dalam keadaan kurang upaya.Di Masjidil haram , ada juga kerusi yang diwakafkan untuk kegunaan para jemaah yang uzur dan kurang upaya menunaikan solat.Begitu juga di Madinah.Walaupun pada awalnya timbul kepelikan di hati saya mengenai kerusi yang mereka gunakan,saya tetap kagum dengan kesungguhan mereka.

Berbeza dengan di Malaysia,jarang saya lihat di kalangan jemaah yang uzur duduk di kerusi untuk bersolat.Namun begitu,semasa terawih malam pertama di masjid KG Jawa,Segamat saya dapat lihat 2, 3 orang mak cik yang duduk di kerusi di celah barisan jemaah.tapi kerusinya tidaklah sama seperti di Mekah atau Madinah.Di Mekah,telah ada satu kerusi kecil yang khusus untuk jemaah gunakan.Di Malaysia masih belum ada kerusi seperti itu,tetapi mungkin boleh diperkenalkan suatu hari nanti.

Diharap,mak cik ini dapat meneruskan ibadah mereka walaupun dalam keadaan duduk.Kerusi...satu barang yang signifikan dalam ibadah.Moga ia membantu meningkatkan ketaatan hambaNYA.

Ramadhan datang lagi..

Sudah lama tidak mencoret di blog ini akibat hambatan masa yang kurang mengizinkan.3 minggu tidak mencoret,sedar-sedar saja Ramadhan sudah menjengah.Alhamdulillah,Allah masih beri kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa pada tahun ini dalam keadaan sihat.

Terawih pertama sempat diikuti lantaran penangguhan waktu balik ke rumah pada hari Sabtu tidak seperti yang dirancang pada hari Jumaat,usai ujian Strategic Management.Jadi,tinggallah saya berseorangan solat Maghrib di Masjid as-syakirin memandangkan teman serumah telah menuju ke destinasi masing-masing.

Mujur saja dua teman serumah masih ada.Lalu saya pun ikut serta.
"Korang kat ne?"
"Kitorg nak makan..Marrybrown"
"OK"

selang beberapa minit kemudian,mesej baru masuk lagi..
"Eh tak jadi la Marrybrown..kita gi MCD tapi kite solat terawih dulu baru makan.
Korang terawih katne?
Masjid Kg Abdullah

Ha? Masjid Kg Abdullah.mana nak cari tengah malam sorang-sorang ni...Alahai..redah je la.Nampak signboard Kg. Abdullah kat kedai makan Mas LINa.Ikut gerak hati,terus drive ikut jalan lurus.Biar betul,Masjid Kg abdullah ke Masjid Kg Jawa? Aish..takpelah.mana-mana pun boleh.Gamble je la.kalau tak jumpa kat masjid, nanti jumpa kemudian kat McD.Tawakal je la.

Sebelum masuk masjid,cermin diri dan pakaian dulu..Aisey,,jeans dan blaus la plak pakai hari ni.Takpelah..blaus panjang bawah lutut..sopan lagi ni.Control-control masuk masjid,amik wuduk.Masuk saja masjid bahagian perempuan,penuh sesak.Tapi masih ada ruang nak solat.Di celah jemaah itu dapatlah saya lihat teman serumah yang dicari-cari.Ifa dan Soleha.Mujur saja destinasi masjid betul.Alhamdulillah...terima kasih kawan sebab sudi ajak saya join sekali..

Thursday, 6 August 2009

Maklumat Praktikal


Blog ini merupakan inisiatif penyelia bahagian Latihan Praktikal dan Industri bagi siswa/siswi menggunakan kecanggihan teknologi bagi mengetahui informasi dan maklumat terkini bagi Latihan Praktikal dan Industri di UiTM Johor.Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai blog ini.Cik Nisa pun baru dapat tahu daripada Abg JE..credit to him la via FACEBOOK.Memang fenomena facebook ini banyak membantu.Daripada blog ini pelbagai informasi seperti pengumuman tarikh penting praktikal,senarai advisor-advisee dipaparkan.

Jadi jangan ketinggalan,bagi pelajar UiTM Johor yang bakal atau sudah jalani praktikal layari

http://uitmjohor.blogspot.com

Jatuh Cinta Lagi II

Tika aku memikirkan kamu yang terbaik
namun takdir tidak menemukan kita
biar setinggi mana harapan
sedalam mana perasaan
kau bukan untukku..

Biarlah aku tetap
terus dengan kenangan
kerana kenangan itu
menjadikan aku
pada hari ini

Oh MOTOROLA..
aku takkan tinggalkan kamu
hanya untuk berada
disamping M.IMAN
kecanggihan baru
yang hanya akan menjadi sebutan
tidak akan lagi dalam ingatan..

oh MOTOROLA ku!!!

Tuesday, 4 August 2009

Buletin MPP dikritik hebat

Buat julung kalinya pada semester ini,MPP UiTM Johor berusaha menerbitkan Buletin MPP di bawah kelolaan Biro Publisiti bagi menyebarkan informasi dan maklumat.Namun begitu,usaha itu dilihat seperti 'melepas batuk di tangga'.Buletin yang sepatutnya menjadi wadah pemancar idealisme pemimpin pelajar ini tidak sehebat seperti yang dijangkakan.

Buletin MPP kali ini hanya memaparkan isu semasa yang diketahui umum dan mudah didapati di media massa yang lain.Begitulah yang dikomen oleh pensyarah Strategic Managment kami.PM Kamel telah mengkritik hasil buletin ini dan mengatakan buletin ini ketandusan idea dan kurang mencapai objektifnya.Banyak yang perlu diperbaiki dari segi idea,gaya penulisan,pemilihan bahan dan rencana serta susun aturnya.Justeru,beliau telah memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki mutu penulisan buletin tersebut seterusnya meningkatkan kualiti MPP sebagai suara mahasiswa.Di kesempatan kelas petang itu telah dipenuhi dengan perkongsian idea dan contoh sebuah buletin yang pernah sensati suatu ketika dahulu di UiTM Johor iaitu The Executives

The Executives merupakan buletin yang diterbitkan sekitar awal tahun 1994 oleh pelajar Diploma Perniagaan ketika itu bagi memenuhi keperluan markah bagi subjek PERSONAL RELATION.Buletin ini bergerak di bawah bimbingan PM Kamel dan 300 edaran diterbitkan bagi setiap keluaran dan diberi secara percuma kepada pelajar.Pada peringkat permulaan,buletin ini hanya memuatkan sedikit ruangan dang beberapa karya puisi.Melihatkan sambutan yang kurang memuaskan,penasihatnya ketika itu iaitu PM Kamel bertindak meningkatkan mutu bahan yang dipersembahkan dengan mencetak The Executive dalam tulisan berwarna.Namun begitu usaha itu juga tidak membuahkan hasil.Lalu kesemua editor dan penulis menggembleng tenaga dan mengerah keringat menghasilkan tulisan yang bermutu.Akhirnya,buletin ini mula mendapat perhatian ketika satu artikel yang mengkritik salah sebuah program yang dianjurkan di UiTM Johor sendiri.Program itu dikritik hebat dengan laporan mengatakan program berkenaan tidak terurus,kucar-kacir dan tidak menggambarkan persatuan berkenaan.Hasilnya,pensyarah juga mula menjadi pembaca setia The Executives.Sejurus saja Executives mula mendapat sambutan,lebih banyak isu dan cerita menarik menjadi kupasan antaranya 'Budaya Apakah itu?', Pembaziran di Dewan Makan dan sebagainya.The Executives juga menyajikan ruangan gosip yang memberi peluang kepada penulis bebas bercerita mengenai gosip di kampus.

Ke mana menghilang sebuah buletin yang sensasi suatu ketika dahulu?Saya pun masih tertanya.Mengapa budaya penulisan ini tidak diteruskan dan mengapa buletin yang diterbitkan di kampus sekarang tidak sehebat dulu?

Sewajarnya pihak editor bahagian MPP mewar-warkan dengan lebih hebat mengenai ruang untuk menulis di buletin ini.Saya yakin pasti ramai mahasiswa/mahasiswa uitm johor yang kaya dengan idea serta boleh mencurahkan pandangan dalam pelbagai bidang.Benar seperti apa yang dikata buletin MPP merupakan cermin pada mahasiswa universiti.

Alangkah bagusnya suatu hari hasil tulisan saya juga terpilih mengisi ruangan dalam buletin.Sebagai mantan MPP,saya menyokong usaha mereka menerbitkan buletin ini.Malah usaha buletin ini sudah bermula sejak dulu lagi cuma barisan kepimpinan MPP mungkin ketandusan idea kerana terlalu sibuk menolong melakukan perkara yang tidak penting atau menjadi office boy. Tugasan ini perlu didelegasikan kepada seseorang yang mahir dalam bidang penulisan dan mempunyai gaya bahasa yang baik.Dari segi penyusunan pula, boleh diserahkan kepada ajk yang mahir dalam bidang IT.Anda mempunyai kemahiran itu di barisan kepimpinan cuma perlu dikenalpasti dan diterokai bakat-bakat yang terpendam.Ingatlah,anda merupakan pilihan para pelajar biarpun ada diantara kalian yang terpaksa mengisi kekosongan kerusi kepimpinan atas dasar menolong sahaja.Ambillah peluang selagi ada dan terokailah potensi diri untuk kebaikan masa hadapan.

Monday, 3 August 2009

Khabar Angin


Test SM diadakan lebih awal? Nak buat Isnin..

Kelam kabut baca buku..4 chapter cover dalam 1 malam

Boleh ke?

Mata tak tahan..mula belajar 9:30 malam..mata mula mamai pukul 11 malam

Suasana bilik semakin menarik saya menyorong bantal

Lalu terlelaplah saya bersama rakan sebilik yang sepatutnya berjuang dalam pertempuran minda

Bila tiba masa yang diwar-warkan,ujian dibatalkan

Tapi presentation pula yang menjadi sebutan

Debaran hati terasa kencang

satu patah perkataan pun tidak tertaip di dalam komputer

maka mulut terkumat-kamit membaca doa sepatutnya

minta nama tidak dipanggil.

Akhirnya debaran semakin perlahan

Tika jam 4 dan makin gembira kelas seterusnya juga dibatalkan.
Akhiran pada permulaan hari
yang penuh dengan dugaan

Saturday, 1 August 2009

Puisi Pujangga




Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmatyang paling padat.
-A. Samad Said(Benih Semalu)




Satu buku yang jadi idaman ketika ini dan baru masuk wishing list saya.Koleksi nukilan A.Samad Said, seorang sasterawan yang sangat saya minati.Kata-katanya menerusi puisi terus menusuk ke hati.Saya mahu terus menghayati bait-baitnya dan buku ini merupakan buku yang tepat sekali.Agak lewat saya tahu mengenai buku ini.Saya tahu melalui Ujana Ilham Ainol,blog pensyarah saya.

Jatuh Cinta Lagi

Benarkah ini apa yang dirasa
Debaran yang telah lama hilang dalam diri
Kini berdetik kembali
Tika aku tercari-cari
Kau menjelma dengan sendiri
Pesonamu buat aku tak keruan
Tapi hatiku berlawan
antara angan dan sedar
sanggupkah aku tinggalkan
cinta yang dalam genggaman
hanya untuk disampingmu
kejamkah aku
andai genggaman itu
aku lepaskan
mampukah aku memudarkan
ingatanku yang dalam genggaman
sanggupkah aku
lupakan semua itu
demi kamu
yang belum pasti dapat kumiliki..
Nisa
7:15am

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...