Tuesday, 28 July 2009

Fasilitator Induksi FISA

Cuti diumumkan bagi seluruh UiTM.Sangkanya UiTM Johor ada kes H1N1 rupanya UiTM buat pelarasan seluruh sistem.Walaupun diumumkan cuti,tapi aktiviti persatuan masih dteruskan.Memandangkan saya menjadi fasilitator program INDUKSI FISA,maka tanggungjawab perlu dilaksanakan/

Setelah sekian lama menyepikan diri menjadi fasilitator,akhirnya sekali lagi saya menceburkan diri dalam program yang melibatkan pelajar baru dan senior.Tidak banyak beza dengan program terdahulu ketika diploma tetapi pelajar baru di peringkat ijazah ini lebih matang dan mampu melahirkan idea-idea yang bernas.Ini terbukti semasa mereka mengerahkan idea dan masa untuk mencipta idea-idea nama baru bagi FISA yang akan berpisah dengan Islamic banking Students.Beberapa nama menarik muncul antaranya B.FaSS,Finas,bafis dan sebagainya.

Majlis penutup diakhiri dengan jamuan makan..Laksa Penang dan Sate.Akhirnya dapat dihabiskan juga.Pada mulanya ajk FISA menyangka pelajar tidak datang kerana pengumuman cuti namun pelajar baru menunjukan komitmen yang tinggi.Mungkin juga kerana mereka dimaklumkan validasi mereka tidak sah sekiranya tidak menghadiri program ini.Ikhlas atau tidak mereka ini..bergantung lah..

Thursday, 23 July 2009

When Love Turn Sweets




It's easy to tell when we always thinking of someone especially the loved ones.It happen to me almost everytime..while i driving..thinking of him drove my car..and that made me almost met an accident..hugging Mr. Froggie,thinking how he gave the froggie surprisely.





Now, Love turn sweets..Sweets thought me of him...

Wednesday, 22 July 2009

Bila mereka mula berdiet

A : "Aku tak makan la malam ni..on diet..makan roti je"

B: "Kau pulak nak makan tak?"

C: "Aku pun diet.Tak makan malam ni"

Dalam hati..takkanlah nak diet juga saya yang dah kurus ni.Ish..ta boleh jadi.Tak boleh masuk persatuan diet diorang.

"Tak yah lah diet Nisa, awak dah slimworld...makan je la.Tak yah nak control-contol."

Aduyai.bila ada housemate yang mula berdiet,kita ni pula yang risau.Nak makan ke tak nak makan jadi serba salah.Balik rumah ibu dah marah-marah suruh makan multivitamin penambah selera.Bila balik rumah sewa , housemate pula ada rancangan berdiet..satu naik naik badan..satu nak turun badan.aku makin keliru.

Jam tangan Cik Nisa dah semakin longgar.Kalau ikut timbangan minggu lepas,berat badan turun 2kg..senang sangat turun tapi susah sangat naik.Macam mana la nak naik berat badan ni..Fikir-fikir..yang penting tak boleh tinggal makan.

Tuesday, 21 July 2009

Father-Daughter Day Out


Akhirnya dapat juga tengok Transformer:Revenge of the Fallen.Tiba-tiba ayah setuju nak tengok wayang.Mula-mula pergi Jusco Seremban 2 nak tengok tapi bila dah sampai kaunter,boleh plak full house untuk tayangan pukul 11.Maka kami berkejar ke Terminal 2..MBO Cineplex untuk masuk tayangan pukul 12:30 tengahari.Memandangkan tak banyak kedai dibuka kat Terminal 2 ni,jadi kami pun keluar ke bandar seremban pusing-pusing.


Father -Daughter Day out..tak pernah buat.sebab saya sorang je ada kat rumah,jadi berdua je pergi movie.Ibu tak suka tengok wayang,jadi dia memilih untuk duduk di rumah saja.
Kepada anak-anak ayah di luar sana,luangkan masa bersama ayah kita kerana ini saja waktu yang kita ada.Waktu kita singkat..gunakan sepenuhnya.

Kepada ayah,terima kasih untuk segalanya.You are the best father in the world and i am the luckiest person on the earth to have a father like you.

Telur Bistik

Cik Nisa dah cuba bawa bekal ke kampus.Sebagai salah satu langkah penjimatan.Kalau dicongak-congak,boleh jimat sampai RM 400 per semester.Jadi hari ini saya masak satu resepi ringkas untuk makan tengahari .Makan di rumah saja sebab kelas pukul 2 petang.Jadi ini ialah resepi yang saya dah cuba.


Bahan-bahan:

2 biji telur

200 gram ayam (dipotong kecil)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

sayuran campur (ikut suka)

garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan.

1.Pecahkan telur dan goreng (buat telur dadar).

2.Panaskan minyak di kuali kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.Biarkan seketika.

3.Kemudian masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dan masak sehingga naik bau.

4.Setelah itu,masukkan ayam dan biarkan hingga masak.

5.Akhir sekali masukkan sayuran campur tadi dan masukkan garam serta gula ikut rasa.

6.Setelah siap,hidangkan bersama telur dadar.

Monday, 20 July 2009

Luka yang Dalam

Dalam perjalanan menuju pulang ke Segamat, ketika bas memilih SinarFm sebagai saluran hiburan,saya tersentak dengan kata-kata Abby Fana yang banyak celoteh tu.Kata-katanya berbunyi lebih kurang seperti ini:

"Kita perlu berterus-terang kepada seseorang,tidak kira pada pasangan,kawan atau ibu bapa.Jika kita terus menyembunyikan sesuatu dan tidak terus terang,luka yang lebih dalam akan terhiris dalam hati orang itu."

Entah mengapa kata-kata itu mempunyai kebenaran.Seperti memberi sesuatu petanda tapi saya sendiri keliru atau mungkin saya memilih untuk tidak mahu mengerti kerana kebenaran itu memang menyakitkan.

Memang benar,kejujuran dan terus terang amat penting dalam satu perhubungan.Tidak kira dengan siapa pun.Namun begitu, ada perkara yang perlu dirahsiakan dan terus terang bukan pilihan yang baik sebagai jalan penyelesaian.Namun begitu,jika terlalu banyak yang cuba kita sembunyikan dan perkara yang cuba disembunyikan itu telah tersebar tanpa keinginan kita.Akhirnya persembunyian kita itu memakan diri.Lebih pahit atau tragik lagi sekiranya berita yang kita cuba sembunyikan itu disampaikan oleh orang lain kepada orang yang cuba kita sembunyikan perkara sebenar.

Perkara sebegitu berlaku dalam hidup kita.Dan apabila itu berlaku,kita mencari punca dan menyiasat mengapa perkara sebegitu cuba disembunyikan.Memang hati cukup terluka diperlakukan begitu.Umpama kita mengetuk paku di dinding dan apabila tidak mahu menggantung barang,kita mencabut paku tersebut namun kesan yang paku tinggalkan pada dinding masih berbaki dan masih ada di situ.Ia berbekas di dinding.Begitu juga perlakuan orang yang berselindung tadi.Walaupun maaf sudah dipinta namun kejadian tadi tetap akan menjadi ingatan dalam minda.

Luka memang boleh diubati tetapi kesan yang tinggal akan menjadi parut menjadi tanda ia adalah suatu lagi kelalaian kita.Kalau terus terang itu memang mengundang luka pada orang yang kita sayang,eloklah kita menutupnya dengan baik.Jangan sampai ia mengundang pertikaian.Terlajak perahu boleh berundur,terlajak kata...jangan sampai badan binasa.

Saturday, 18 July 2009

Pulang dengan Tragedi

Bila semua housemate balik ke kampung halaman masing-masing, saya pun turut angkat kaki untuk pulang ke rumah di Seremban.Setelah sekian lama tidak naik bas ,maka kali ini kena balik rumah sorang-sorang naik bas.Kereta MyVi diamanahkan kepada Ngah untuk dijaga.huhuhu.Padahal baru 6 bulan tak naik bas balik Seremban lagi mahu kecoh ke?Seperti mengimbau nostalgia lama,mengingati kembali bas yang biasa bergerak ke Seremban.Tidak ubah seperti 6 bulan lepas..masih lagi bas transnasional yang ada gambar hutan rimba.dah macam trademark la plak.

Bila dah duduk bas teringat pula zaman dulu-dulu bila balik sama-sama dengan si dia..Touching betul masa ni.Macam tu la jdi bila rindu dah menggamit perasaan.Kalau dulu ada orang teman,walaupun sepanjang perjalanan dia tidur je..tapi sekurang-kurangnya ada la kawan.Takpelah Cik Nisa..memang dah biasa balik sendiri.

Nak dijadikan cerita,pemandu bas ni suka drive laju dan brek mengejut.Kali pertama bas brek,saya sendiri macam nak tolong brekkan bas tu.Masa lalu di Tampin,bas tu takde la drive laju sangat tapi jarak bas dengan kereta depan sangat dekat.Jadi bila kereta depan brek sebab lori depan dia nak masuk simpang,maka bas saya lambat tekan brek lalu merempuh belakang kereta STORM.Lalu pecah berderai cermin belakang STORM serta kemek bumper belakangnya.Disebabkan kemalangan itu jalan sesak buat sementara waktu.Beberapa minit lepas tu baru polis datang untuk merekan keadaan.

Saya kini berada di hospital akibat trauma dengan kemalangan yang menimpa bas yang saya naiki..eh...jangan silap sangka.Cik Nisa selamat .Semua penumpang selamat ..Tiada seorang pun masuk ke hospital termasuk Cik Nisa.Keadaan bas cuma kemek bahagian bawah hadapan.Disebabkan bas masih boleh bergerak,maka bas tadi dengan selamba teruskan perjalanan menuju Seremban.Padahal baru je lepas accident..khabarnya bas akan berpatah balik selepas menghantar penumpang untuk membuat laporan polis.

Cik Nisa sangat bersyukur tak terjadi apa-apa.Kalau bas tu laju sangat memang dah tergolek dan terbalik tengah jalan.Entah apa akan jadi pada Cik Nisa.Lepas ni rasa takut nak naik bas balik Seremban.Ahad ni Cik Nisa buat keputusan naik keretapi balik Segamat.Trauma sekejap nak naik bas ni.Handphone saya tidak aktif buat masa sekarang atas sebab 'kong' bateri.Jadi kepada Cik Soleha,saya telah selamat tiba di Seremban dengan selamatnya..Sorry yea tak dapat contact kamu...

Wednesday, 15 July 2009

Leka

Entah apa yang bermain fikiran hari ini..careless betul.pesan orang sentiasa berhati-hati tapi disebabkan kecuaian , saya hampir terkeluar dari kereta semasa kereta bergerak.Saya tak sedar pun pintu kereta saya tidak ditutup.Cuma perasaan pintu tak bertutup bile beg yang diletak disisi tepi kereta bergerak dan hampir jatuh ke luar.Memang tergamam la bila kereta tengah jalan,pintu kereta terbuka luas.nasib baik la housemate yang lain bagitau.

Lepas dari itu,saya masih terkejut.nak drive pun buat-buat cool je.Padahal dalam hati dah cuak betul la.Moral of the story..jangan khayal semasa memandu dan berterima kasih la pada rakan yang menjadi mata anda ketika memandu.Terima kasih..satu nyawa terselamat hari ini.Alhamdulillah

Monday, 13 July 2009

Pakej Telefon promosi

Seperti yang telah dijanjikan oleh pihak TM akhirnya secara rasmi rumah sewa saya telah menggunakan pakej telefon RM 10.Dengan pakej ini saya boleh menelefon ke talian tetap tanpa had hanya dengan membayar RM 10/bulan.Tempoh percubaan yang diberi ialah 6 bulan.Kalau dalam masa 6 bulan tarik diri dari pakej ni kena bayar penalti pulak.

Sebenarnya berminat dengan pakej ni sebab nak dapat telefon wireless free.Bukannya apa sangat telefon tu,tapi saja nak cuba pakej ni.Dah amik telefon tu kat pos laju tapi tak pasang-pasang lagi kat rumah.Nanti2lah pasang.Baru je keluarkan telefon tu dari kotak..nak tukar dengan telefon yang lama tu kena tunggu cik nisa ni rajin la..

Oh yea..dah seminggu cik nisa perhatikan sitemeter pengunjung kat sebelah ni.Nampaknya cik nisa ada pengikut yang sama melawat blog ini setiap hari.Boleh detect datang dari mana.Ini cuma jangkaan cik nisa.Terima kasih kepada pengunjung blog Cik Nisa ni.Tak seberapa sangat tapi cukuplah sekadar suka-suka..baca kisah-kisah kecil ini.

Teringat pulak dialog Shah Rukh dalam OM SHANTI OM.Shah Rukh KHan @ Om kapoor suka cakap sorang-sorang kat billboard yang paparkan artis pujaan dia iaitu Deepika.Dan setiap kali dia dah melalut cakap panjang panjang ,last sekali Om kata..."hope you are not boring and don't mind"...saya pun nak cakap..hopefully you are not boring and don't mind.Dan kalau tak keberatan boleh tinggalkan komen.cik Nisa sedia menerima.Satu hari nanti Cik Nisa nak try pasang shoutbox plak.Terima kasih sekali lagi..sudi2 la berkunjung lagi...!

Saturday, 11 July 2009

Syarahan Intelektual

Apabila kita gagal kita mula mencari kesalahan..apa yang silap dalam keputusan yang kita buat sehingga berakhir dengan kegagalan.Mengapa jadi begini?mengapa jadi begitu?salah dia..salah si polan dan sebagainya.Sebenarnya kita perlu menukar pemikiran ini dengan merenung kembali hikmah di sebalik kejadian yang Allah cuba sampaikan.Berfikirlah cara positif dan kita akan melihat kejadian itu memberi pengajaran kepada kita.Bak kata pensyarah saya "when you fail a lesson,don't loose the lesson" atau dengan kata lain belajarlah dari pengalaman kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.Peribahasa ini kelihatan agak klise tapi kata-kata inilah yang digunapakai oleh orang-orang berjaya dalam mencapai cita-cita mereka.

Hari ini saya dan Soleha telah berkesempatan menghadiri Syarahan Intelektual siri ke 4 yang dianjurkan oleh pihak UiTM Johor. Saya pernah menghadiri syarahan intelektual siri 1 pada awal tahun ini.Berikutan terkesan dengan siri 1,saya hadirkan diri ini siri ke 4 yang menampilkan penceramah yang sama iaitu pengarah kampus UiTM Johor,Prof. Dr.Hj Muhd Kamil.Menghadiri syarahan motivasi seperti ini pasti menaikkan kembali semangat saya untuk terus berjaya dan berjuang.

Prof. Dr. Hj Muhd Kamil menyampaikan syarahannya dengan begitu terkesan sekali kerana beliau menceritakan pengalaman jatuh bangun sehingga beliau berjaya hingga hari ini.
Semasa beliau menceritakan pengalamannya yang gagal sehingga mengecewakan bapanya,ada di kalangan hadirin yang sebak dan terharu mendengar cerita Prof.Saya sendiri sebak kerana saya turut mengalami perkara yang sama ketika SPM.Namun,di sebalik cerita itu,prof selitkan yang keazaman dan kepercayaan kita untuk berjaya akan mengatasi segala-galanya.

Di akhir sesi syarahan,salah seorang hadirin bertanyakan tips untuk mengelakkan gugup ketika bercakap di khalayak ramai.Dan jawapan Prof kepada persoalan tadi.

Mintalah pada Allah, mengadu pada Allah..Ya Allah Ya Tuhanku
berikanlah aku kekuatan untuk bercakap di khalayak ramai

Ya Allah..berikanlah aku kekuatan ,Ya Allah..berikanlah aku kekuatan Ya Allah..
dan mohonlah doa di 1/3 malam kerana malaikat merahmati doa di 1/3 malam.

Wednesday, 8 July 2009

"I Love You" and mean it..

It is something interesting talking about love.This morning,my lovely and cute lecturer give a few tips to lead a happy life.Some of the tips capture my attention.

1.When you say "i love you",you mean it.
Of course when i say i love you, i really mean it.If i didn't say it that's mean i'm still thinking..should i be loved?or should he loved me?or i just don't feel to say it because the time is not appropriate..but deep down in my heart i love that person.It's just maybe i don't have the guts to say the 3 magic words..

2.When you say 'i'm sorry"..look into the eyes
i really..really mean it..if i fail to look in the eyes..maybe the apologies is not sincere enough?

3.Love deeply and passionately
i can be so in love in that person at one time but once that person dumped me,i'll dumped him forever from my life.Honesty is the best policy.but can people do it?

4.Believe love at first sight
no comment..

5.Be engaged at least 6 month before married
Couples get through different stages in their relationship.When the engagement starts, couples also will feel the responsibilities.It is different before the engagement.the 6 month period will be able to test on how far the couples could carry the responsibilities to build a family.

6.Married people who you like to converse
this is the most important aspect.Communication between husband and wife can help they build a good family.Because at the end,both husband and wife only has each other to talk to.So,be a good listener,,i wish..

Cemburu

Saya cemburu pada dia kerana dia menjadi idaman ramai
saya cemburu kerana masanya dipenuhi dengan perkara yang baru
saya cemburu dia punya ramai kawan
saya cemburu kerana dia kelihatan semakin segak
saya cemburu kerana dia berubah...
apakah perasaan ini sesuatu yang tidak munasabah?
saya ketemu jawapannya..dari corong radio...
Cemburu itu perlu ada
tetapi janganlah memakan diri
kita cemburu pada pasangan , kawan , adik - beradik, sepupu dan sebagainya
kerana mereka punya lebih dari apa yang kita ada
sepatutnya kita adalah satu pasukan dengan pasangan,adik beradik dan kawan kita
bukankah baik apabila mereka ini punyai kelebihan?
ia akan membentuk pasukan kita dengan lebih mantap
Jadi, sentiasa doakan mereka ini supaya kita juga menjadi insan yang berjaya
kerana kelebihan mereka dan kita sendiri menambah kekuatan pada pasukan
Maafkan saya pada si dia
selama ini saya cemburu
melihat dia mendaki puncak
tanpa sedar bukan itu yang perlu dirasa
maafkan saya kerana cemburu ini
bisa menghantui hari-hari
tapi akan ku doakan kejayaan dia
walau dia jauh di sisi..

Monday, 6 July 2009

Di sini bermula...

Hari pertama kuliah di semester akhir.Awal-awal lagi dah dapat assignment.Cabaran hari pertama yang menjadi kebiasaan di kampus cawangan terutama sekali Segamat.Cuti berakhir dan anjakan paradigma perlu dilakukan.

Pada hari pertama sahaja kami diberikan gambaran awal mengenai projek mega oleh pensyarah.Disangkanya projek mega tentu memerlukan kekuatan mega untuk menyiapkannya.Namun sangkaan meleset sama sekali.Hanya kudrat 2 orang sahaja yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan mega ini..Seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan, bermulalah negotiations yang akhirnya berakhir jua dengan 2 orang bagi setiap kumpulan.Nampaknya pensyarah sudah mengenalpasti penyakit atau sindrom yang berlaku di kalangan pelajarnya.Budaya 'free rider' atau ahli kumpulan yang sekadar menumpang nama tanpa menyumbangkan kudrat.Golongan ini hanya menyumbangkan kepada kepincangan kumpulan tersebut lalu berlakulah persengketaan dan perselisihan faham yang akhirnya menyebabkan kita tidak bertegur sapa.Memang buruk akibatnya.

Pilihan yang wajib dipilih kerana tiada pilihan lain

Mengapa perlu ada pilihan sekiranya kita tidak mempunyai pilihan melainkan memilih pilihan yang ada sahaja?Pening memikirkan ayat-ayat yang dinyatakan.Apa lagi yang boleh di buat..Itulah yang berlaku semasa proses pemilihan tajuk presentation.Berlaku perebutan tajuk diantara ahli kelas dan akhirnya kami mengalah dan terpaksa memilih tajuk pertama.Tajuk common..Introduction to Personal Finance.Kelihatan simple tapi banyak input yang diluar jangkaan perlu dicari.Lucky for us..presentation will start next wednesday..Hopefully bright idea can cross our mind.Something informative yet catchy and interesting.

Masa depan

Kami telah diingatkan untuk mencari research title dan boleh mula mencari journal berkaitan dari sekarang.Senarai-senarai perkara yang nak dilakukan pada minggu pertama yang kebiasaannya menjadi rutin bagi budak skema macam saya.hahaha
  • Mengisi borang graduan di Unit Kaunseling (untuk penempatan kerja masa depan..memang skema sebab ramai orang tak buat.mereka fikir masuk unit kaunseling kerana kita ini bermasalah..absolutely wrong.!
  • Sticker NR - wajib sejak jadi Nr ..
  • sticker kereta - pandai-pandai bawak..pandai pandai jaga
  • jumpa academic advisor - nak tanya macam-macam untuk masa depan terutama sekali mengenai research dan praktikal..

Mungkin bagi sesetengah orang akan menangguhkan melakukan perkara-perkara ini atas alasan perkara ini kelihatan remeh.Yang remeh itu akan kelihatan sukar apabila kita tidak menyelesaikannya dengan cara mudah

.Mata dah ngantuk..makin sepet..story ends here

*Hang around at the admin looking at couples pass by makes me remember him.How i wish he could be here..Must be my mind is wondering around.Well.it doesn't hurt just to wish like that..hopefully he is fine over there.

p/s : Hei dear..I Mish You! ----> don't laugh,it's not funny..huhuhu

Segar Amat..

Akhirnya habis jua Cik Nisa ni mengemas bilik .Ayu belum balik lagi,jadi bilik ini habis dikerjakan..Ayu mesti terkejut balik nanti.hahaha.Barang-barang Ayu tidak diusik cuma bersihkan habuk je.Maklumlah..bila dah sebulan tinggal,habuk sana sini..sawang..lagi la..Seharian berkurung dalam bilik mengemas.Ingatkan 3 hari 3 malam baru siap..tapi tak sampai tahap tu lagi.Bila ayu balik kene kemas skali lagi..

Posisi meja belajar diubah..kali ini meja diubah pada posisi menghadap kiblat.hampir menghadap kiblat tapi tidak sebetulnya menghadap kiblat.Pernah terbaca dalam sebuah majalah..salah satu adab belajar ialah posisi kita perlu menghadap kiblat.Secara logiknya,apabila kita memulakan ulangkaji dengan bacaan doa,kita telah sedia menghadap kiblat.Jadi kita memohon doa pada kedudukan yang afdal.

Segamat..panik la Cik Nisa ni bila tengok stesyen minyak kat Gemereh dah tutup.Aiyoo..kene cari port baru nak isi minyak dan semestinya kena jenama Petronas!sokong Buatan Malaysia kononnya...pasal apa agaknya stesyen tutup..bankrap?atau mungkin kawasan itu nak dijadikan jalan raya baru...mungkin..

Esok..ops..Beberapa jam lagi semester baru bermula.Mood bercuti masih berbaki.Belum sediakan kelengkapan untuk belajar sepenuhnya.Penyakit malas telah menular.Tanda-tanda yang paling ketara ialah menonton rancangan TV dengan Sol tadi..Channel bertukar setiap minit hingga ketemu cerita menarik hati.Dah ngantuk sangat baru sedar ada kelas menanti nanti.Dengan beg yang tidak berkemas,baju tidak bergosok..kaki dengan gaya gemalai menyusun langkah mengorak mendaki tangga yang tidak seberapa..Aduyai..

Dan tika ini..bantal telah memanggil...Marilah Cik Nisa..temani daku.Tidak lupa juga Mr. Froggie yang sudah semakin lesu memanggil tuannya..Cik Hani..cik Hani..Yelah..Yelah..nak tido ni..Mr. Froggie..temani aku dalam dakapanmu..Ong..Ong..Ong..

Friday, 3 July 2009

Kalau saya seperti itu...

Pernah suatu ketika terdetik dalam hati kita.."kalaulah aku macam ini..kalaulah aku macam itu" atau kekadang kita memang berharap dapat memutar kembali waktu supaya dapat memperbetul keadaan.Emmm...

1.Kalaulah..... kereta wira ibu tidak dicuri depan rumah, tentu sekarang saya boleh memandu kereta itu ke universiti.

Tetapi apa yang berlaku..

Selepas kecurian itu,ayah dapat membeli kereta idamannya..5 tahun kemudian,ibu membeli MyVI baru dan menambahkan bilangan kereta menjadi 3 buah..dan saya tetap dapat menggunakan MYVi itu ke universiti.

2.Kalaulah...saya bertekad memilih aliran sastera ketika tingkatan 4 dahulu,tentu saya akan memperoleh keputusan yang cemerlang seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sebaliknya saya berdegil dan tidak menurut kata hati lalu keputusan peperiksaan paling buruk dalam hidup saya tercatat.

Tetapi apa yang berlaku...

Selepas SPM,saya melanjutkan pengajian dalam aliran sastera..(Pengurusan Bank).Di akhir pengajian, sesuatu yang saya tidak sangka berlaku.Impian saya sejak kecil lagi tercapai.Perasaan paling gembira tika dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kursus dan Pelajar Terbaik Kolej dan sesuatu yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya selamanya.

3.Kalaulah..hati ini bisa menahan perasaan menyukai seseorang,sudah tentu saya tidak akan menanam minat untuk menyukai orang itu.Namun begitu, sukanya saya pada lelaki itu terlalu ekstrem.Akhirnya saya kalah dengan mainan perasaan.Dikecewakan lelaki itu bukanlah balasan yang saya pinta.Akibat kekecewaan itu,hati ini terluka dan lara

Tetapi apa yang berlaku..

Selepas kekecewaan itu,saya fokus pada perkara yang lebih penting.Masa berlalu dan pertemuan dengan jejaka yang bermula sebagai kenalan biasa tidak disangka akan membawa kepada hubungan serius.Akhirnya cinta ditemui pada insan yang sudi.Kekecewaan lampau dibiarkan berlalu walau kekadang terus menghantui diri.Namun hidup perlu diteruskan.Semalam adalah sejarah..hari ani adalah anugerah.

4.Kalaulah...saya tidak menerima tawaran untuk bertanding merebut jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar,sudah tentu hidup saya lebih terurus dan tenang.Setiap petang pasti saya akan bersama teman-teman dan mempunyai masa lapang untuk mengulangkaji.

Tetapi apa yang berlaku

Sebaik saja menyandang jawatan sebagai MPP di universiti,kehidupan berubah sepenuhnya.Jadual semakin padat,masa bersama teman semakin singkat dan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan seperjuangan MPP.Pahit getir serta suka duka yang dilalui hanya teman rapat saja yang tahu.Berbaldi air mata tumpah tapi keperitan itu berbaloi di hari mendatang.Dari ruang kerja MPP,saya mengumpul pengalaman menjadi Pengarah Projek,setiausaha dan ajk biasa.Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum menjadi MPP..dan dari situ juga bertambah teman rapat yang sangat saya sayang.

Sesuatu yang kita harapkan akan jadi terbaik buat kita tidak semestinya terbaik untuk kita.Tetapi apa yang berlaku kemudiannya membentuk siapa kita pada hari ini.

Thursday, 2 July 2009

ZooM Makan..Jelajah Selatan

Yahoo!!!hujung minggu yang lepas saya telah menjelajah selatan Semenanjung..Ikut rancangan asalnya..kami sekeluarga cuma mahu pulang ke kampung di Batu Pahat tetapi rancangan telah di'modified' dan hasil persetujuan semua ahli ,kami bergerak menuju Johor Bahru.Kampung halaman..childhood memories.Tujuannya nak mengimbau kenangan dan memori silam sambil menjengok rumah lama yang telah dijual.'Touching' plak bila lalu depan rumah tempat kita membesar..masa zaman kanak-kanak.Hanya mereka yang hidupnya berpindah randah dapat merasai perasaan ini..aduyai..enough said about memories..Bila dah jauh berjalan,mesti la nak berehat dan makan makanan yang sedap.

Johor Bahru



So,ayah telah memilih his favourite place to eat..Sekiranya ke JB dan tekak ni terliur nak makan makanan laut yang segar di waktu siang-siang ni maka Rahmat Kedai Makan adalah satu pilihan yang tepat.Menu istimewa di sini ialah Deep Fried Fish and Udang Goreng.Lauk sampingan lain disediakan lauk kampung.Lauk di sini ringkas saja tapi bagi sesiapa yang gemar menikmati kelazatan dan kemanisan makanan laut,memang kena singgah dan makan di sini.bagi penggemar tempe,wajib cuba sambal tempenya yang enak!Dan rasa haus kita akan dibasahi dengan minuman limau ais yang disediakan satu jag.




Kedai Makan Rahmat..Kg. Pasir Putih,Pasir Gudang.


Sambil menikmati makanan, mata kita juga akan dijamu dengan keindahan alam semulajadi dan akan kelihatan juga beberapa kapal belayar di hadapan kedai.Kedai ini diperbuat daripada kayu dan dibina terapung di atas laut.Pada pandangan pertama,kita akan merasa tidak selamat makan di sini tetapi hakikatnya kedai makan ini masih kukuh dan bertahan sehingga hari ini.Tun Dr. Siti Hasmah dan Sultan Johor juga pernah berkunjung dan makan di sini.Jadi, kita tidak perlu ragu-ragu kerana orang kenamaan turut merasai kenikmatan makan di sini.




Tengahari itu kami telah makan...



  • Deep Fried Fish




  • Udang Goreng




  • Sayur Goreng




  • Sambal Tempe




  • Nasi Putih (5 + 1)




  • Limau Ais




  • Bil = RM 74


Menu nampak ringkas tetapi berbaloi..I give 4 star!

Memberi salam

Sunnah Rasulallah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"

Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...

Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orangYahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan.

Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.

Wednesday, 1 July 2009

Meringankan Jodoh

Hari ini nak berkongsi sedikit tips yang diturunkan oleh Ustazah Siti Norbahyah dalam Rancangan 'Semanis Kurma'.Doa yang boleh diamalkan untuk meringankan jodoh atau mendapat jodoh yang baik.

1.Surah Yusuf Ayat 4

Maksud : "Ketika Yusuf berkata kepada bapanya (Ya'qub) : Hai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan,semuanya kulihat sujud kepadaku.

2.Surah Al-Anbiya' Ayat 89

Maksud : (Ingatlah) Akan Zakaria, ketika ia menyeru Tuhannya : Ya Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (tanpa beranak) dan Engkau sebaik-baik yang mewarisi.

Doa ini juga boleh diamalkan ketika menghadiri temuduga agar lapang hati semasa dalam proses tersebut.

3. Surah Al-Qashash Ayat 24

Maksud : Lalu Musa memberi minum ternak keduanya,kemudian ia berpaling ke tempat perlindungan (di bawah pohon), lalu katanya: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.

Satu lagi tips untuk meringankan jodoh ialah berpuasa semasa hari lahir kita.Hari lahir merupakan detik yang palik baik dalam hidup kita.Doa orang yang berpuasa InsyaAllah akan dimakbulkan.

Sumber : Rancangan Semanis Kurma
& Tafsir Quran Karim

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...